kerana kita mahasiswa

kerana kita adalah mahasiswa yang berilmu,menyokong setiap aspirasi yang didokong universiti.,membudayakan idealisme yang mampu dan seharusnya dicapai oleh mahasiswa,kerana itu blog ini dinamakan PENCARIAN ILMU..

Isnin, 31 Januari 2011

NATRAH: CINTA,RUSUHAN DAN AIR MATA

alhamdulillah,beryukur kepada ALLAH kerana saya dapat menghabiskan buku Natrah:cinta,rusuhan dan air mata yang setebal 474 muka surat ini. hasil karya fatini yaakob ini memang mengesankan hati setiap muslim yamg membacanya. dan saya juga telah beberapa kali mengalirkan air mata tatkala membaca buku ini..

saya berminat untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang isi buku ini,bukan untuk memplagiat tetapi saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai natrah@nadra@huberdina maria hertogh@bertha. sekiranya saudara saudari ingin mengetahui dengan lebih lanjut,saya sarankan untuk saudara saudari membeli buku ini yang harganya RM75 sahaja. satu buku yang cukup baik,hasil kajian fatini yaakob selama 20 tahun dan setiap apa yang ditulis didalam ini,kebanyakkanya bedasarkan interview(temuduga) dengan orang yang terlibat dengan kes natrah ini. natrah telah menjadi satu nama yang membuktikan bahawa orang islam pada masa itu,tahun 1950 sangat-sangat bersatu padu mempertahankan aqidah islam dan bangkit menentang penjajah yang zalim.

pada awalan buku ini,diceritakan mengenai salasilah natrah sendiri,bermula dari siapa datuk dan neneknya,siapa ibunya,bagaimana ibunya boleh menyerahkan natrah kepada che aminah dan juga bagaimana perjanjian yang telah dilakukan oleh che aminah kepada adeline(ibu kepada natrah). che aminah merupakan seorang wanita yang tidak boleh dipandang lekeh kerana statusnya ketika itu dikatakan seorang wanita yang berada dalam kelas atasan,terhormat,terpelajar,kaya dan beradab. ini dibuktikan dengan kata-kata dari hakim yang mengadili perbicaraan hak penjagaan natrah sendiri,iaitu hakim Justice Brown yang mengatakan,

"this malay lady is not a kampung woman.in Europe,she will be described as belonging to bourjoise or middle class" (fatini yaakob;natrah:cinta,rusuhan dan air mata 2010)

dalam mengisahkan mengenai natrah,apa yang perlu kita ketahui dan diberi penekanan adalah bagaimana natrah diketahui berada di tanah melayu,bagaimana belanda boleh mengetahui bahawa natrah ini adalah warga belanda dan bagaimana natrah dipaksa untuk berada didalam gereja dan menukar agamanya. segala-galanya sangat memilukan hati,sekiranya kita ketahui betapa liciknya cara belanda mengambil natrah dan dikembalikan kepada keluarganya walaupun pada realitinya,ibunya sendiri tidak kisah natrah dibela oleh che aminah. gara-gara pengaruh belanda yang ingin menebus kemaluan kerana kalah dalam peperangan dengan indonesia,menjadikan natrah sebagai satu simbol kejayaan pabila mereka berjaya membawanya ke belanda. namun mereka tidak tahu bahawa natrah telah berjaya mencetuskan satu gelombang rusuhan yang dilakukan semata-mata kerana tidak bersetuju dibawa lari ke belanda,dipisahkan dengan suaminya dan juga dipaksa menukar agama.

panjang lebar sekiranya saya ingin menulis didalam blog ini,mungkin akan mengambil masa yang lama utk menyudahkan penceritaan. tetapi secara peribadi,saya sangat mengasihani apa yang terjadi kepada natrah. sekiranya di tanah melayu natrah dilayan seperti seorang puteri,diberikan makanan,tempat tinggal dan juga pendidikan yang baik dibelanda natrah seolah-olah seorang pembantu rumah yang terpaksa melakukan semua kerja-kerja rumah walaupun mempunyai 7 orang adik beradik. sekiranya di tanah melayu natrah dilayan seperti seorang wanita yang sudah mempunyai suami,di belanda dia dilayan seperti seorang kanak-kanak kecil yang berusia 13 tahun. sekiranya di tanah melayu,masyarakat menyapa dan menyenangi natrah dan natrah menyenangi mereka,di belanda natrah seperti seoang selebriti yang terpaksa dikawal 24 jam oleh pihak polis smpai jiran-jirannya tidak menyenangi kepulangannya.

terlalu banyak perkara yang saya ingin coretkan disini.namun apa yang saya coretkan tidak mungkin sama dengan perasaan membaca sendiri buku natrah ini.walaupun tebal,tetapi ia berbaloi,berbaloi kerana kita dapat mengetahui kronologi kejadian natrah yang sebenar.jangan takut dengan ketebalan dan permainan perkataan didalamnya,belajar untuk memahami bahasa-bahasa yang tinggi kerana kita bukan pelajar sekolah menengah.cukuplah alasan

"saya tak faham sangat ape yang die tulis,sebab tu saya malas nak membaca",

"ish tak fahamla ape die tulis tu,mengantuk bila baca"

"yela,awak hebat bolehla baca buku-buku macam tu..otak saya lain,saya tak boleh membaca bahasa-bahasa yang tinggi-tinggi macam awak"

tolonglah,paksalah diri anda untuk menjadi pembaca yang setia..kerana dengan membaca akan membantu kita untuk mengetahui masalah-masalah yang berlaku dan kita pasti akan mempunyai idea utntuk membantu menyelesaikan masalah ummah..

4 ulasan:

  1. try letak gambar (x semestinya berkaitan dgn tajuk post) untuk post2 akan datang. insyaAllah setiap post jadi lebih menarik, berbanding sekadar membaca lautan perkataan. kurang sikit rasa bosan membaca..

    BalasPadam
  2. dan bahagian komen - rasanya x perlu kena tulis perkataan2 yang tertera kat skrin sebagai pengesahan. melambatkan dan takut pembaca malas nak komen. malas nak komen, maka jarang terjah blog. dan blog ini dikhuatiri menyepi..
    Mesra pembaca, hoccay?

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..alhamdulillah,terima kasih untuk teguran n nasihat.. dah ade dah orang yang minta buat camtu..tapi saye yang malas nak upload gambar..lambat sangat..lagipun,dah terbiasa membaca buku tanpa gambar,tu yang jadi camtu tu..

    BalasPadam
  4. Kritikan orang hanya buat kita rasa tulisan kita tak bagus. Bina cara tersendiri untuk sampaikan sesuatu dlm penulisan. Kadang2, poyo menjadi harus. hehe

    ikuti bengkel penulisan best seller bersama penulis buku Online Dengan Tuhan. Maklumat lanjut rujuk wall fb saya.

    BalasPadam