kerana kita mahasiswa

kerana kita adalah mahasiswa yang berilmu,menyokong setiap aspirasi yang didokong universiti.,membudayakan idealisme yang mampu dan seharusnya dicapai oleh mahasiswa,kerana itu blog ini dinamakan PENCARIAN ILMU..

Khamis, 27 Januari 2011

apabila saya menulis

selalunya kita akan menulis berdasarkan pengalaman hidup. ada juga yang suka menulis berdasarkan buku-buku yang dibaca. dn selalunya penulis akan menulis apa yang terlintas dalam pemikirannya. sebab itulah,kita boleh membaca gaya atau perwatakan seseorang berdasarkan cara dan gaya penulisannya. ada yang gemar menulis mengenai idealisme mahasiswa,ada yang gemar menulis mengenai sirah rasulullah dan pelbagai lagi tingkat ilmu yang ditulis berdasarkan tingkat pembacaan dan juga pengetahuan.

banyak juga orang masih mencari-cari,apakah bentuk penulisan yang sesuai buat dirinya. sama seperti saya ketika mula-mula mahu menulis dahulu.matlamatnya mahu berdakwah,tetapi kadang-kadang terpesong juga. blog dijadikan tempat untuk menulis sesuatu dari hati,bukan dari minda.jadilah ia sebagai tempat meluahkan perasaan. ada kalanya,ia sesuatu yang bagus,saya ambil contoh pabila seseorang menulis mengenai betapa bencinya dia apabila melihat kemaksiatan dan betapa sedihnya apabila melihat rakyat palestin diganyang oleh tentera zionis. tapi kadang-kadang tanpa sedar,kita menulis sesuatu yang tidak sepatutnya ditulis.[astagfirullah]

dari perspektif saya,kebiasaannya orang yang menulis,jarang sekali tidak membaca. dan biasanya pembacaannya itulah yang akan memandu gaya seseorang menulis. sebab itulah kita dapat melihat variasi dalam penulisan seseorang. kadang-kadang penulisannya berunsurkan humor dan sindiran,kadang-kadang berbentuk politik dan kadang- kadang berbentuk penyampaian maklumat. saya pasti,bahawa setiap apa yang ditulis sudah tentu untuk berkongsi pandangan mengenai pemikirannya dan juga untuk memberitahu dunia blogger apakah yang difikirkan saat dia membaca sesuatu buku atau bahan bacaan yang lain.

apabila saya menulis sekarang,saya lebih gemarkan sesuatu yang boleh memberi manfaat dan ilmu terutamanya kepada diri saya sendiri. kita boleh bagi 1001 nasihat dan manfaat kepada orang lain,tetapi nasihat yang terbaik adalah untuk diri kita sendiri. seandainya tidak mengajak untuk kebaikan diri sendiri,macam mana mahu mengajak kepada orang lain? bagi saya,pengislahan kepada diri,seharusnya selari dengan pengislahan kepada orang lain.

biarkan mahasiswa mencabar,asalkan sambil itu mereka belajar.( Abu Bakar,1970)
biarkan mahasiswa menulis dan mengkritik,asalkan sambil itu mereka menilai dan menganalisis(Atikah,2011)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan