kerana kita mahasiswa

kerana kita adalah mahasiswa yang berilmu,menyokong setiap aspirasi yang didokong universiti.,membudayakan idealisme yang mampu dan seharusnya dicapai oleh mahasiswa,kerana itu blog ini dinamakan PENCARIAN ILMU..

Ahad, 12 Februari 2012

kembali

bismillahirrahmanirrahim,dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang..selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W..subhanallah,sudah terlalu lama saya tidak meng'update' blog saya..bukan kerana malas atau jejari sudah kaku untuk menaip,tetapi tak dapat dinafikan terlalu banyak peristiwa dan perkara yang berlaku sepanjang satu tahun saya kira menyebabkan saya terlupa langsung untuk menulis sesuatu di blog. masih ada janji saya yang tidak ditunaikan,terutamanya kepada adik farhan untuk membuat ulasan mengenai buku biogragi tan sri ainuddin wahid.insya ALLAH,satu masa saya akan penuhi permintaan tersebut.

untuk post kali ini,saya lebih gemar untuk berkongsi kata-kata yang menarik yang pernah saya dengar

-->dalam kehidupan kita,kita kerap kali inginkan orang lain untuk memahami diri kita,tapi kita tak pernah nak memahami orang lain.tak apalah,mungkin itu menjadi pengajaran buat orang lain yang merasakan dirinya tidak diambil berat oleh orang lain

-->janganlah kita bekerja dan berjuang kerana amanah dan tanggungjawab semata-mata,tapi yakinilah bahawa apa yang kita buat semua kerana ALLAH,makanya andai kerja kita gagal,kita tidak akan terlalu kecewa dan kalau kita berjaya kita akan lebih bersyukur

--> yakinilah bahawa rezeki itu datangnya dari ALLAH,mungkin banyak sumber yang ALLAH boleh sampaikan rezekinya..dan kadang kala,rezeki itu datang dari sumber yang tak diduga

-->anda penat? rasa sakit2 badan dan lesu? ketika badan mula rasa letih melakukan kerja dakwah,ingatlah Rasulullah yang tak pernah cukup tidor.ketika diri rasa lesu sebab tak cukup tidor,ingatlah tentera salehuddin yang di siang harinya menjadi pahlawan dan malam harinya menjadi abid,wahai diri,engkau tak boleh terlalu manjakan diri,biarlah sakit,asalkan sakit itu kerana ingin menegakkan syiar islam

-->bantulah diri untuk menjaga hati,kerana sekali ia menjadi keras,hati itu akan susah untuk menitiskan air mata kekesalan kerana dosa yang terlalu menggunung tinggi

hee,setakat ini dulu kot post saya untuk kali ini,maaf andai sudah terlalu lama tidak update blog.=)