kerana kita mahasiswa

kerana kita adalah mahasiswa yang berilmu,menyokong setiap aspirasi yang didokong universiti.,membudayakan idealisme yang mampu dan seharusnya dicapai oleh mahasiswa,kerana itu blog ini dinamakan PENCARIAN ILMU..

Rabu, 23 Mac 2011

dimana rasa cintaMu?

aku masih perlukan Dia,
dahulu,kini dan selamanya,
kerana aku sangat lemah dan tidak berdaya,
melainkan dengan sedikit kekuatan dariNya

aku mahu mencintai-Nya,
tetapi terasa satu kekosongan dalam hati ini
terasa sangat hina,
kerana masih tidak mampu untuk mencintaiNya
dengan sepenuh hati..

hamba apakah aku ini???
tak selayaknya aku menggelarkan diri sebagai hamba
seandainya masih tidak mampu menghadirkan rasa cinta pada Dia..

Allah...
Engkau paling berkuasa
Engkau paling bijaksana

Allah...
aku meletakkan seluruh penghidupanku padaMu
aku meletakkan jiwa dan nyawaku padaMu
aku letakkan kelebihanku dan kelemahanku padaMu

ya ALLAH,
hadirkanlah rasa cinta padaMu
hadirkanlah rasa rindu padaMu
hadirkanlah rasa mengasihi padaMu

aku sudah tidak sanggup,
untuk hidup dalam kekosongan ini
untuk hidup dalam kelelahan ini

kembara hamba mencari cinta tuannya.



Sabtu, 5 Mac 2011

MUSLIMAT ASAS KEGEMILANGAN UMMAH


nota:

perutusan ini juga boleh dibaca di blogsite rakan pusat islam utm.

Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kita bersama-sama menghirup udara segar dan masih lagi diberi kekuatan untuk menambahkan amal soleh kita. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia rasulullah S.A.W kerana tanpa nikmat Islam yang telah diperjuangkan baginda satu masa dahulu,tidak mungkin kita boleh mengamalkan ajaran Islam secara terbuka terutamanya di Malaysia.

Berbicara mengenai muslimat asas kegemilangan ummah,saya tidak pasti sama ada ramai yang bersetuju dengan saya ataupun tidak. Saya melihat dari perspektif muslimat adalah ‘foundation’ atau asas untuk tokoh-tokoh ternama,ahli-ahli agama yang mahsyur dan juga pejuang-pejuang yang tidak jemu memburu syahid. Saya ambil contoh seorang ibu yang solehah sudah semestinya mahukan dan akan mendidik anaknya untuk menjadi seorang yang soleh/solehah dan selain dari usaha ibu dan bapanya untuk mendidik anaknya kearah seorang mukmin yang serba boleh,sudah tentu pengharapan kepada Allah akan menjadi satu keutamaan dalam melakukan sesuatu.

Dari segi teman hidup pula,sudah semestinya seorang aktivis dakwah tidak mahukan pembantu yang membantutkan kerja-kerja dakwahnya. Nah,disini kita dapat melihat bagaimana seorang wanita memainkan peranan yang penting dalam memudahkan kerja-kerja dakwah si suami. Ingat,setiap apa yang kita lakukan,adalah dikira ibadah selagi niat kita adalah kerana ALLAH S.W.T. bagaimana dapat dikatakan muslimah adalah asas kegemilangan ummah? Sudah tentu ianya bermula dari proses memilih teman hidup. Pastinya mereka yang menginginkan rumah tangga dakwah atau baitul dakwah akan menjadikan wanita yang memahami selok belok dakwah untuk bersama-sama beraksi di medan dakwah. Sekiranya seorang aktivis itu meenjadikan seorang wanita yang tidak memahami tugas-tugas dakwahnya,disinilah akan terjadi pelbagai kesulitan dan juga kesukaran disebabkan si isteri tidak memahami si suami yang terpaksa keluar kadang-kadang setiap hari atas nama dakwah

Saya suka untuk menyentuh dari segi gerak kerja mahasiswa islam di kampus. Kaum adam dan hawa mempunyai peranan masing-masing dalam melaksanakan kerja amal islami. Namun,sekiranya mereka tidak memahami bagaimana peranan seorang lelaki dan seorang wanita dalam bergerak kerja,maka itu pasti menimbulkan masalah yang besar kepada organisasi. Saya ambil contoh,seorang lelaki sudah pastinya seorang yang mampu untuk merangka perjalanan sesebuah organisasi dari sudut pandangan kehadapan. Dan tidak dinafikan golongan ini juga dapat berfikir secara kompleks dan lebih waras membuat keputusan walaupun dalam keadaan yang genting. Tetapi jangan dilupakan,golongan ini juga sering kali terlupa perkara-perkara kecil yang remeh temeh dan kadang kala membawa satu bencana kepada organisasi ataupun program itu sendiri. Disinilah peranan seorang nisa’ untuk mengingatkan si rijal mengenai keterlupaannya. Dan jangan disalahkan wanita tersebut andainya dia tidak bersama-sama menjadi pemikir yang idealis kerana hakikat kejadiannya adalah berupa penyediaan asas untuk si lelaki. Saya ambil analogi sebuah bangunan yang besar,apa akan terjadi sekiranya bangunan tersebut langsung tidak mempunyai simen? sudah psti bangunan yang besar dan gah itu tidak dapat berdiri dengan sendirinya. begitu juga dengan organisasi atau program. tidak mungkin sebuah program yang gah akan dapat berdiri dengan sempurna andai hal-hal teknikal diabaikan.

Mahasiswi juga punya peranan tersendiri kepada kelompok mahasiswi dan juga masyarakat luar yang mengharapkan segolongan mahasiswa untuk memimpin mereka kearah masyarakat yang lebih baik. Disinilah peranan seorang pemudi dakwah untuk memimpin masyarakat mengenal dan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup mereka dan mewujudkan masyarakat islam,seterusnya mewujudkan negara islam dalam konteks yang sebenar-benarnya. Perutusan saya kali ini adalah lebih kepada menyentuh kekuatan dan peranan mahasiswi kerana tugas dakwah dan juga peranan organisasi dakwah telah pun disentuh oleh dua orang syabab Islam dalam perutusan yang sebelumnya.

Sekian,

NUR ATIKAH BINTI SHAARI

Timbalan Presiden 2

Rakan Pusat Islam,Universiti Teknologi Malaysia

kanak-kanak ribena tadika ihsan

alhamdulillah,tadi telah selamat berlangsung hari sukan tadika ihsan utm. seronok sangat dapat melihat pelbagai telatah anak-anak kecil dan juga ibu bapa mereka. barulah saya mengerti,betapa menjadi seorang cikgu tadika adalah sangat penat. terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah anak-anak kecil,dengan masalah pengurusan lagi dan juga masalah-masalah teknikal sampingan adalah sesuatu yang menakjubkan bagaimana guru-guru tadika ini sanggup berhadapan denga anak-anak ini untuk jangka masa yang panjang

baiklah,bercerita mengenai pengalaman menjaga rumah sukan tadi,saya telah diberi amanah untuk menjaga rumah sukan kuning atau 'Rumah Uthman'. belum apa-apa lagi sudah ada adik kecil yang menangis. terpaksa pergi memujuk adik itu,kemudian berlari untuk menjaga barisan yang sudah tak kelihatan seperti barisan. walauun hanya menjaga budak-budak dalam lingkungan 20 orang,itu sudah cukup untuk membuat saya pening kepala. itu baru je meminta mereka masuk dalam barisan,belum lagi selang sorang menangis dengan seribu satu sebab dan paling best skali mereka mesti cakap 'nak jumpe ibu@umi'... dan saya hanya mampu memujuk.....

kemudian diteruskan lagi dengan acara yang menarik hati iaitu acara pom-pom. dengan diketuai oleh timbalan presiden 1 rakan pusat islam,ia telah memeriahkan lagi acara pom-pom. hurm,ternyata adik-adik seakan suka dengan si demonstrants pom-pom tu =)..

banyak kenangan manis berada dengan adik-adik ni. yang paling saya dapat kesan dari anak-anak ini adalah,mereka sangat perlukan dan mahukan perhatian dari kita. cuba bayangkan,saya baru je duduk dah datang sorang@ dua orang untuk duduk atas riba. belum lagi yang datang dan menayangkan medal-medal yang mereka menang. tambahan lagi,anak-anak foreigner yang tak faham bahasa melayu juga turut datang dan menayangkan medal mereka. semata-mata mahu menunjuk yang mereka juga dah main sukan..saya pasti,fasi-fasi lain juga merasakan perkara yang sama

tapi kami surrender awal. dalam pukul 12 memang kami dah tak boleh nak kawal mereka. huru-hara dewan KP tu dengan kerenah anak-anak kecil berlari ke sana-sini. saya pun hanya mampu menangkap mereka yang berada dekat dengan saya tapi lama-lama...owh,tak boleh dah..sangat penat mengejar mereka~
(maaf,tiada gambar dapat disertakan dalam post ini,sebab saya paling tak suka bergambar)