kerana kita mahasiswa

kerana kita adalah mahasiswa yang berilmu,menyokong setiap aspirasi yang didokong universiti.,membudayakan idealisme yang mampu dan seharusnya dicapai oleh mahasiswa,kerana itu blog ini dinamakan PENCARIAN ILMU..

Khamis, 12 Mei 2011

tribute buat mereka~

KTC
saya kenal kakak ini ketika pertama kali minggu haluan siswa kat UTM,wajahnya sangat memikat hati kami,dan dia seorang yang sanggup bersusah payah bersama kami.waktu tu,dia timbalan ketua operasi MHS..dan dia juga banyak membantu saya selepas saya berada dalam UTM..banyak nasihat telah diberikan,dia juga selalu menjadi tempat rujukan saya sekiranya saya ada masalah.beliau pernah menjadi S/U BADAR,Bendahari Agung JKMKTC dan MPM,dan insya ALLAH,habis je semester ini,beliau akan bergelar graduan...beliau adalah...

kak Nor Syazana Binti Azahar

pertama kali saya jumpa dia,juga sewaktu minggu haluan siswa.waktu tu,dia seorang Ketua Operasi utk MHS..kadang-kadang saya tak suka jugak bila die selalu buat lawak,sebab selalu buat orang ketawa=)..tapi gelak tawa itulah penawar duka bagi kami dan setelah saya kenal dia betul2,barulah saya tahu dia seorang yang serius dalam kerjanya...dia juga bekas pengarah KRU dan bekas Bendahari Agung PMI..beliau adalah....

Izmar Hafizi bin Omar

dia ni suka buat lawak..sangat suka buat lawak.lepas tu gelak sakan..ya ALLAH,saya cukup tak suka kalau jumpa dengan orang yang terlalu banyak gelak.tapi apakan daya,apa yang kita tak suka boleh jadi baik untuk kita...pertama kali saya jumpa dia,sewaktu masuk meeting ajk surau S01.dialah yang menjadi pemantau surau. saya terkejut...meeting surau pun boleh buat lawak ke? haish! pening kepala saya..tertanya-tanya juga,kenapa saya dikelilingi oleh orang yang banyak gelak..walaupun begitu,dia banyak memberi dorongan untuk terus menjadi pengerusi surau muslimat dan juga S/U BADAR..beliau adalah....

mohammad faruqi bin yusari

saya jumpa dia,ketika pertama kali iftar KRU. waktu tu,dia bagi tazkirah kat kitorang..owh,baru saya tahu,dia ni rupanya bekas Timbalan Presiden PMI.wah,hebatnya senior2 saya kat KTC ni..semua orang yang mantap2..die sangat banyak memberi tazkirah dan juga pengisian rohani yang sangat menusuk kalbu..tazkirah terakhir yang saya pergi,adalah...'penyakit hati'..beliau adalah....
mohammad firdaus bin abdul rahman

1st time saya tengok senior saya ni,saya sangat2 terkejut..bekas ketua Biro Kerohanian,tapi bergelak,masya ALLAH...pastu bila masuk je meeting pertama BADAR,tiba-tiba dia bertukar personaliti.dari sorang yang boleh bergurau senda,menjadi seorang lelaki yang serius...saya respek kerja2 di..Dia pun sama macam kak syazana.sangat banyak memberi panduan dan bantuan untuk menggerakkan badar.dulu beliau adalah Ketua BADAR,ketua KEPWA dan selepas itu,Pengerusi LPM PMI.beliau adalah...
abdul azim bin abdul jamil

PMI

saya kenal dia,sewaktu sewaktu induksi badar.pertama kali bersua muka dengan seorang pemimpin yang hebat,tetapi riak wajahnya tenang,setenang air di lautan..baru saya tahu,dia ni bekas pelajar kat KMPP.kirenya senior sayalah dulu..tak sangka,senior2 saya ramai yang hebat2..dulu dia ni,bekas presiden PMI.saya tak sangka saya dapat kenal dengan Presiden PMI dan seluruh warga pimpinan PMI. waktu tu teruja sangat nak ikut program PMI..die pun banyak bagi nasihat dan kata-kata yang berguna buat saya...beliau adalah...

khairul abdullah halim
sekali tengok,macam muka anna dalam cerita KCB.dua kali tengok,betullah dirinya.dia ni satu fakulti dengan saya.otak dia cukup pandai benda2 berkaitan dengan multimedia dan penerbitan.sebab tu die dipilih menjadi TP LPM PMI 2 tahun yang lepas.wa,muda2 lagi dah jadi pimpinan tinggi PMI.hebatlah..saya kagum dengan mereka ni..beliau adalah....

kak asmah andy
die sangatlah caring...n kadang2 menangis bila tengok orang susah..dia juga sangat suka ambil berat pasal orang lain..maklumlah.mantan TP lajnah kebajikan PMI,mesti kena selalu tanya orang ok ke tidak kan..hehe..beliau adalah...

kak siti salmuh binti che haron
MPM
dia ni orang hebat.sangatlah berfikiran kritikal.kadang2 saya terkedu dengan pemikiran beliau.saya suka dengan gaya pemikirannya yang matang dan tidak menggambarkan usia sebenarnya..dia juga antara orang yang saya gemar menjadikan tempat rujukan sekiranya tidak tahu mengenai sesuatu isu,atau ingin memahami sesuatu perkara..banyak perkara yang saya belajar dari dia..dan dia jugalah yang memperkenalkan buku Politik Baru karya dato saifuddin abdullah..belajar jadi idealis? tidak..saya belajar ilmu idealisme untuk membumikan idea2 supaya tidak terlalu terawang2=)..selain dari dia.saya juga selalu bertanyakan pendapat kak ajad(tapi dah grad sudah)..beliau adalah

YB hafizul hilmi bin mohamad nor

banyak sebenarnye yang saya nak buat tribute..kat senior2 KSK dan juga RAkan masjid(walaupun saya tak kenal) tapi saya tahu,mereka telah bersusah payah untuk menegakkan islam di UTM.sekalung penghargaan buat mereka yang telah menabur bakti tanpa mengira penat lelah,demi memastikan agar bumi UTM sentiasa dipenuhi dengan keberkatan.

usaha kalian akan kami sambung..sampailah satu ketika,kami juga akan menyusul kalian.
berbakti di dunia sebenar..dunia kampus,hanya medan latihan,tetapi dunia luar adalah pengaplikasian..perjuangan ini tidak akan berhenti,dan tidak pernah terhenti..

kerana kita mempunyai matlamat
"mati syahid atau hidup mulia"

buat semua senior,,selamat bergraduasi,jangan lupakan kami disini,adik2 yang masih lagi mencari2 rentak untuk meneruskan perjuangan kalian. kami perlu berdiri dengan kaki kami sendiri,tetapi kami harapkan agar kalian masih sudi memandu kami,

sirru 'ala barakatillah

salam ukhwah fillah,sehingga ke akhirnya insya ALLAH

p/s- hidung ni dah terbau2 wanginya bau nasik minyak.jangan lupa jemputla kalau ade ye??=)