kerana kita mahasiswa

kerana kita adalah mahasiswa yang berilmu,menyokong setiap aspirasi yang didokong universiti.,membudayakan idealisme yang mampu dan seharusnya dicapai oleh mahasiswa,kerana itu blog ini dinamakan PENCARIAN ILMU..

Isnin, 31 Januari 2011

NATRAH: CINTA,RUSUHAN DAN AIR MATA

alhamdulillah,beryukur kepada ALLAH kerana saya dapat menghabiskan buku Natrah:cinta,rusuhan dan air mata yang setebal 474 muka surat ini. hasil karya fatini yaakob ini memang mengesankan hati setiap muslim yamg membacanya. dan saya juga telah beberapa kali mengalirkan air mata tatkala membaca buku ini..

saya berminat untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang isi buku ini,bukan untuk memplagiat tetapi saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai natrah@nadra@huberdina maria hertogh@bertha. sekiranya saudara saudari ingin mengetahui dengan lebih lanjut,saya sarankan untuk saudara saudari membeli buku ini yang harganya RM75 sahaja. satu buku yang cukup baik,hasil kajian fatini yaakob selama 20 tahun dan setiap apa yang ditulis didalam ini,kebanyakkanya bedasarkan interview(temuduga) dengan orang yang terlibat dengan kes natrah ini. natrah telah menjadi satu nama yang membuktikan bahawa orang islam pada masa itu,tahun 1950 sangat-sangat bersatu padu mempertahankan aqidah islam dan bangkit menentang penjajah yang zalim.

pada awalan buku ini,diceritakan mengenai salasilah natrah sendiri,bermula dari siapa datuk dan neneknya,siapa ibunya,bagaimana ibunya boleh menyerahkan natrah kepada che aminah dan juga bagaimana perjanjian yang telah dilakukan oleh che aminah kepada adeline(ibu kepada natrah). che aminah merupakan seorang wanita yang tidak boleh dipandang lekeh kerana statusnya ketika itu dikatakan seorang wanita yang berada dalam kelas atasan,terhormat,terpelajar,kaya dan beradab. ini dibuktikan dengan kata-kata dari hakim yang mengadili perbicaraan hak penjagaan natrah sendiri,iaitu hakim Justice Brown yang mengatakan,

"this malay lady is not a kampung woman.in Europe,she will be described as belonging to bourjoise or middle class" (fatini yaakob;natrah:cinta,rusuhan dan air mata 2010)

dalam mengisahkan mengenai natrah,apa yang perlu kita ketahui dan diberi penekanan adalah bagaimana natrah diketahui berada di tanah melayu,bagaimana belanda boleh mengetahui bahawa natrah ini adalah warga belanda dan bagaimana natrah dipaksa untuk berada didalam gereja dan menukar agamanya. segala-galanya sangat memilukan hati,sekiranya kita ketahui betapa liciknya cara belanda mengambil natrah dan dikembalikan kepada keluarganya walaupun pada realitinya,ibunya sendiri tidak kisah natrah dibela oleh che aminah. gara-gara pengaruh belanda yang ingin menebus kemaluan kerana kalah dalam peperangan dengan indonesia,menjadikan natrah sebagai satu simbol kejayaan pabila mereka berjaya membawanya ke belanda. namun mereka tidak tahu bahawa natrah telah berjaya mencetuskan satu gelombang rusuhan yang dilakukan semata-mata kerana tidak bersetuju dibawa lari ke belanda,dipisahkan dengan suaminya dan juga dipaksa menukar agama.

panjang lebar sekiranya saya ingin menulis didalam blog ini,mungkin akan mengambil masa yang lama utk menyudahkan penceritaan. tetapi secara peribadi,saya sangat mengasihani apa yang terjadi kepada natrah. sekiranya di tanah melayu natrah dilayan seperti seorang puteri,diberikan makanan,tempat tinggal dan juga pendidikan yang baik dibelanda natrah seolah-olah seorang pembantu rumah yang terpaksa melakukan semua kerja-kerja rumah walaupun mempunyai 7 orang adik beradik. sekiranya di tanah melayu natrah dilayan seperti seorang wanita yang sudah mempunyai suami,di belanda dia dilayan seperti seorang kanak-kanak kecil yang berusia 13 tahun. sekiranya di tanah melayu,masyarakat menyapa dan menyenangi natrah dan natrah menyenangi mereka,di belanda natrah seperti seoang selebriti yang terpaksa dikawal 24 jam oleh pihak polis smpai jiran-jirannya tidak menyenangi kepulangannya.

terlalu banyak perkara yang saya ingin coretkan disini.namun apa yang saya coretkan tidak mungkin sama dengan perasaan membaca sendiri buku natrah ini.walaupun tebal,tetapi ia berbaloi,berbaloi kerana kita dapat mengetahui kronologi kejadian natrah yang sebenar.jangan takut dengan ketebalan dan permainan perkataan didalamnya,belajar untuk memahami bahasa-bahasa yang tinggi kerana kita bukan pelajar sekolah menengah.cukuplah alasan

"saya tak faham sangat ape yang die tulis,sebab tu saya malas nak membaca",

"ish tak fahamla ape die tulis tu,mengantuk bila baca"

"yela,awak hebat bolehla baca buku-buku macam tu..otak saya lain,saya tak boleh membaca bahasa-bahasa yang tinggi-tinggi macam awak"

tolonglah,paksalah diri anda untuk menjadi pembaca yang setia..kerana dengan membaca akan membantu kita untuk mengetahui masalah-masalah yang berlaku dan kita pasti akan mempunyai idea utntuk membantu menyelesaikan masalah ummah..

Ahad, 30 Januari 2011

induksi rakan pusat islam (RPI)

alhamdulillah,pada 28 Januari 2011 sehingga 30 januari 2011 telah berlangsung dengan jayanya buat julung kali induksi rakan pusat islam telah diadakan. tujuan induksi ini diadakan adalah untuk membentuk saff kepimpinan rakan pusat islam dan juga merancang program-program yang akan dilaksanakan oleh RPI. sedikit mengenai rakan pusat islam,ianya adalah gabungan antara kelab saudara kita dan juga rakan masjid yang bernaung dibawah pusat islam UTM dan kini telah menjadi satu kelab besar di bawah pantauan pusat islam iaitu rakan pusat islam

pelbagai slot telah diadakan. antaranya ialah teknik berdakwah berkesan,peranan jawatankuasa rakan pusat islam dalam menangani masalah sosial di utm dan juga penyediaan kertas kerja dan protokol program rasmi. kami juga telah didedahkan dengan pidato spontan yang bertujuan menguji skill bercakap di hadapan dan juga keyakinan untuk bercakap. secara kesimpulan kecil yang saya boleh lakukan disini,sesi ini,walaupun sekejap telah meninggalkan kesan yang begitu besar dalam diri kita. rupa-rupanya setiap perkataan kita,setiap apa yang kita lakukan akan menjadi perhatian orang kerana kita sepatutnya adalah qudwah di utm. saya juga mendapat banyak tips-tips yang berguna yang boleh dilakukan ketika menyampaikan pengucapan awam.

ketika di sana,kami telah diminta untuk mengadakan satu organisasi program,betul-betul macam kami yang menganjurkan program itu.ini adalah organisasinya

Pengarah program : ahmad ridha bin sabri
timbalan pengarah : nur atikah binti shaari
setiausaha : muhammad muzzafar
timbalan setiausaha : siti sarah razak
bendahari : thanwa filza

ini adalah MT-MT dalam program induksi ini. unit-unit ada 6 tapi saya sudah lupa siapa yang memegang jawatan dalam unit ini.seterusnya kami diperkenalkan dengan lagu tema induksi,iaitu demi matahari. lagu yang sangat bagus apabila diterangkan oleh ustaz ismail mengenai terjemahannya.. terasa seperti kerdilnya diri dan betapa beruntungnya diri saya berada dalam medium dakwah ini.ALLAH..sekiranya dihitung-hitung kembali betapa banyaknya nikmat yang ALLAH dah beri,nescaya tidak terhitung kita. tapi saya sangat-sangat bersyukur kerana masih lagi dipertemukan dengan taufiq dan hidayah ALLAH sekali lagi.. saya tidak menyangka bahawa sebegitu hebat nikmat yang ALLAH kurniakan kali ini setelah diuji sebegitu hebat..alhamdulillah..buat kak fariza,kak thanwa,kak sarah,aini,ain fathihah,amirah akrom,afni natasya,kak atiqah sabri,nasriah dan liyana,terima kasih kerana hadir dalam hidup ini,semoga kita akan bekerja dengan lebih terbaik untuk masa akan datang. dan buat muslimin yang mengikuti induksi juga,terima kasih atas sokongan dan juga pendapat entum,insya ALLAH kita akan begerak kerja di bawah satu payung.siapakah gerangan saff kepimpinan rakan pusat islam?? nantikan...=)

p/s : rasa berbaloi jalan kaki meredah hujan dari MSI ke KTC.=)

Khamis, 27 Januari 2011

apabila saya menulis

selalunya kita akan menulis berdasarkan pengalaman hidup. ada juga yang suka menulis berdasarkan buku-buku yang dibaca. dn selalunya penulis akan menulis apa yang terlintas dalam pemikirannya. sebab itulah,kita boleh membaca gaya atau perwatakan seseorang berdasarkan cara dan gaya penulisannya. ada yang gemar menulis mengenai idealisme mahasiswa,ada yang gemar menulis mengenai sirah rasulullah dan pelbagai lagi tingkat ilmu yang ditulis berdasarkan tingkat pembacaan dan juga pengetahuan.

banyak juga orang masih mencari-cari,apakah bentuk penulisan yang sesuai buat dirinya. sama seperti saya ketika mula-mula mahu menulis dahulu.matlamatnya mahu berdakwah,tetapi kadang-kadang terpesong juga. blog dijadikan tempat untuk menulis sesuatu dari hati,bukan dari minda.jadilah ia sebagai tempat meluahkan perasaan. ada kalanya,ia sesuatu yang bagus,saya ambil contoh pabila seseorang menulis mengenai betapa bencinya dia apabila melihat kemaksiatan dan betapa sedihnya apabila melihat rakyat palestin diganyang oleh tentera zionis. tapi kadang-kadang tanpa sedar,kita menulis sesuatu yang tidak sepatutnya ditulis.[astagfirullah]

dari perspektif saya,kebiasaannya orang yang menulis,jarang sekali tidak membaca. dan biasanya pembacaannya itulah yang akan memandu gaya seseorang menulis. sebab itulah kita dapat melihat variasi dalam penulisan seseorang. kadang-kadang penulisannya berunsurkan humor dan sindiran,kadang-kadang berbentuk politik dan kadang- kadang berbentuk penyampaian maklumat. saya pasti,bahawa setiap apa yang ditulis sudah tentu untuk berkongsi pandangan mengenai pemikirannya dan juga untuk memberitahu dunia blogger apakah yang difikirkan saat dia membaca sesuatu buku atau bahan bacaan yang lain.

apabila saya menulis sekarang,saya lebih gemarkan sesuatu yang boleh memberi manfaat dan ilmu terutamanya kepada diri saya sendiri. kita boleh bagi 1001 nasihat dan manfaat kepada orang lain,tetapi nasihat yang terbaik adalah untuk diri kita sendiri. seandainya tidak mengajak untuk kebaikan diri sendiri,macam mana mahu mengajak kepada orang lain? bagi saya,pengislahan kepada diri,seharusnya selari dengan pengislahan kepada orang lain.

biarkan mahasiswa mencabar,asalkan sambil itu mereka belajar.( Abu Bakar,1970)
biarkan mahasiswa menulis dan mengkritik,asalkan sambil itu mereka menilai dan menganalisis(Atikah,2011)

Khamis, 20 Januari 2011

MARS KORSAD

bismillahirrahmanirrahim.. disini saya ingin berkongsikan satu lagu yang saya kira sangat-sangat memberi motivasi kepada saya..hayati dan renungi,banyak cerita sebenarnya di sebalik lagu ini..=)

Menapaki langkah langkah berduri
Menyusuri rawa lembah dan hutan
Berjalan di antara tebing curam
Semua dilalui demi perjuangan

Letih tubuh di dalam perjalanan
Saat hujan dan badai merasuki badan
Namun jiwa harus terus bertahan
Kerna perjalanan masih panjang

Kami adalah tentara Allah
Siap melangkah menuju ke medan juang
Walau tertatih kaki ini berjalan
Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

Wahai tentara Allah bertahanlah
Jangan menangis walau jasadmu terluka
Sebelum engkau bergelar SYUHADA
Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah

Sabtu, 15 Januari 2011

real muslimat,anggun bijak dan solehah

baru sahaja saya memotivasikan diri saya dengan mendengar ucapan keramat dari mantan Presiden SIGMA,Ukhti rafidah jannah. saya tetiba teringat mengenai kata-kata mantan Presiden PMI,ustaz Khairul bin Abdullah Halim mengenai real muslimat-anggun,bijak dan solehah. secara jujurnya,ketika pertama kali mendengar ucapan dasar presiden,saya tidak nampak apa sebenarnya yang ingin digagaskan oleh Presiden. namun,hari berganti hari,minggu berganti minggu dan bulan juga telah berganti bulan,saya mulai faham akan kepentingan gagasan ini..

gagasan real muslimat bukanlah bererti muslimat akan mengatasi muslimin,bukan juga bererti muslimat tidak memerlukan muslimin langsung dalam gerak kerja,namun real muslimat perlu diterjemahkan dalam erti kata sejauh mana kekuatan gerakan muslimat,khususnya di Universiti Teknologi Malaysia mampu untuk mendepani siswi2 di kampus dan juga sejauh mana gerakan mahasiswi islam mampu utuk mendepani front-front mahasiswi di universiti sendiri. gerakan mahasiswi islam seharusnya mengetuai fron-front gerakan mahasiswi di malaysia,khususnya di UTM dalam apa jua aspek,baik dari segi pengucapan awam,respon isu di media,istiqomah dalam amalan,menjaga kebajikan mahasiswi universiti,mendepani masyarakat luar yang sangat dahagakan sentuhan idea yang kreatif dari mahasiswi dan bijak merencanakan perancangan untuk hidupnya. disini ingin saya tegaskan. gerakan muslimat seharusnya menjadi semakin agresif,agresif untuk memajukan mahasiswi,khususnya muslimat agar,kita tidak ketinggalan ke belakang

sedikit kata-kata daripada prof Dr Muhammad Abu Bakar dalam bukunya Mahasiswa Menggugat-mahasiswi pada tahun 70-an sangat sedikit yang berminat untuk melibatkan diri dalam aktivis kemahasiswaan. berbeza dengan mahasiswi pada masa kini,yang semakin menyerlah khususnya dalam melontarkan pendapat tidak kira aspek politik kampus,kebajikan mahasiswa itu sendiri dan juga,mahasiswi khususnya muslimat,seharusnya mempunyai gagasan idealisme yang tersendiri..tidak mustahil bagi gerakan muslimat untuk membawa idea-idea baru dan segar dalam mendepani masyarakat kampus yang semakin lama semakin meula menyedari kepentingan suara mahasiswi..

apa yang saya ingin tegaskan disini,walaupun muslimat semakin ke hadapan mengutarakan idea-idea yang baharu,bijak mendominasi media dan juga berani membawa gerakan muslimat mengetuai serta mendepani front-fron siswi di seluruh malaysia,namun jangan dilupakan lagi 2 elemen gagasan real muslimat,iaitu anggun dan solehah.

anggun dalam erti kata kemas dalam berpakaian,muslimat adalah ikon ataupun figure yang bakal menjadi pelapin untuk pemimpin pada masa akan datang. suka atau tidak muslimat seharusnya menjadi seorang yang kemas dan teliti dalam pemakaian agar tidak dipandang selekeh oleh gerakan mahasiswa bukan islam. kita seharusnya menyedari betapa pentingnya muslimat untuk menjaga penampilan diri dalam masa yang sama cuba untuk mengelakkan diri dari bersifat tabbarruj dan juga berhias-hias secara melebihi. inilah contoh-contoh muslimat yang ingin kita bawakan,iaitu muslimat yang anggun dalam konteks penampilan diri disamping cuba untuk berpakaian sejajar dengan tuntutan syarak.

solehah pula dalam erti kata menjadi muslimat mukminah yang bertaqwa. bukan sekadar menjadi siswi biasa yang tidak punya ketakwaan kepada ALLAH,menjadi seorang pemimpin muslimat yang berdaya saing dalam hal-hal ibadah kepada ALLAH dan mengetuai mahasiswi dalam konteks ilmu agama.. inilah contoh-contoh real muslimat yang mampu mendominasi dan seharusnya tegar dalam usaha meraih sokongan masyarakat untuk menerima Islam. ingat wahai muslimat! kita adalah Da'ieah! yang membawa nama Islam ke serata pelosok tempat yang kita pergi.. sekadar ini dahulu pendirian saya mengenai gagasan real muslimat,anggun bijak dan bergaya.

saya menyokong gagasan STUDENT POWER dalam membawa REAL MUSLIMAT tampil kehadapan mendepani masyarakat kampus!

Jumaat, 14 Januari 2011

keteguhan diri

tak terkata banyaknya hadis-hadis,ayat-ayat dari AL-Quran sendiri yang menunjukkan betapa ALLAH ni bersama-sama dengan orang yang bertakwa. dan kita sebagai manusia,tak boleh mengisytiharkan diri sebagai beriman selagi mana kita tidak di uji.. bertepatan dengan ayat dari surah al-ankabut ayat 2,

"Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

makanya,setiap dari mereka yang mengaku beriman,pasti akan diuji dengan sesuatu ujian. tak kiralah ujian kesenangan,ketakutan dan juga kelapara. dalam surah al-baqarah ayat 155

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

dan khabar-khabar gembira itu pula banyak di janjikan oleh ALLAH dalam ayat-ayat al-Quran yang lain dan selalunya air mata hamba yang lemah ini akan menitis setiap kali merasa betapa lemahnya diri ini dalam menghadapi ujian dan cubaan dalam kehidupan. surah al-insyirah ayat 5 dan 6,

5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan


kadanga-kadang,semangat itu hadir tika merasa kehadiran ALLAH disisi..dan diwaktu kesedihan dan kesakitan,ada Quran sebagai penawar hati dan iman.. cuma,sebagai manusia yang lalai, kadang-kadang kita akan terlupa kepada pencipta kita,nauzubillah...janganlah pernah kalimah itu tertinggal dari darah daging kita sendiri.. ALLAH telah pun memberikan semangat dan motivasi untuk kita menghadapi ujianNya,maka bersabarlah menghadapi ujian itu. dalam surah al-baqarah ayat 153,

Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar


dapat disimpulkan disini,betapa pentingnya kesabaran itu untuk menghadapi sesuatu masalah.. jadi wahai diri,pujuklah hati anda dengan kata-kata dari Illahi,tekadkanlah dalam diri kekuatan dari ALLAH dan jadikanlah pedoman rasulullah sebagai cara kita memandang sesuatu masalah itu sendiri..

jadi,bersabarlah duhai hati,beri sedikit ruang dan masa pada diri sendiri..=)