saya kenal kakak ini ketika pertama kali minggu haluan siswa kat UTM,wajahnya sangat memikat hati kami,dan dia seorang yang sanggup bersusah payah bersama kami.waktu tu,dia timbalan ketua operasi MHS..dan dia juga banyak membantu saya selepas saya berada dalam UTM..banyak nasihat telah diberikan,dia juga selalu menjadi tempat rujukan saya sekiranya saya ada masalah.beliau pernah menjadi S/U BADAR,Bendahari Agung JKMKTC dan MPM,dan insya ALLAH,habis je semester ini,beliau akan bergelar graduan...beliau adalah...
Khamis, 12 Mei 2011
tribute buat mereka~
saya kenal kakak ini ketika pertama kali minggu haluan siswa kat UTM,wajahnya sangat memikat hati kami,dan dia seorang yang sanggup bersusah payah bersama kami.waktu tu,dia timbalan ketua operasi MHS..dan dia juga banyak membantu saya selepas saya berada dalam UTM..banyak nasihat telah diberikan,dia juga selalu menjadi tempat rujukan saya sekiranya saya ada masalah.beliau pernah menjadi S/U BADAR,Bendahari Agung JKMKTC dan MPM,dan insya ALLAH,habis je semester ini,beliau akan bergelar graduan...beliau adalah...
Jumaat, 15 April 2011
surah yang banyak meningkatkan motivasi diri
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).
bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah,kini ALLAH memberi saya ruang untuk terus menulis.
menulis untuk memotivasikan diri
menulis untuk berkongsi pengalaman,
dan insya ALLAH
menulis untuk mendapat keberkatan dan redha Nya..
saya kira sudah pasti ramai yang dah khatam surah ini. surah al-insyirah @ alam nasyrah sangat-sangat selalu kita dengar. saya juga pasti,ramai yang telah mengetahui apakah maksud surah ini,tak terkecuali mereka yang telah menghafaz surah ini. tapi pengalaman yang ingin dikongsi,buat mereka yang tahu,anggap ini sebagai peringatan semula buat diri sendiri dan buat yang tidak tahu,ini adalah ilmu baru utk saudara fillahku,insya ALLAH
pertama kali membaca maksud surah ini,saya tidak terlalu mengambil peduli sangat akan maksudnya,tiada yang betul-betul terkesan dalam diri saya. namun,masa berubah. semakin dewasa kita,semakin banyak ujian yang ALLAH berikan untuk mematangkan diri. dan juga,sudah pasti sebagai orang yang mengaku beriman dengan Al-Quran,ayat-ayat ALLAHlah yang bisa mengubat hati..
setiap kali solat,saya pasti akan baca surah ini,tak kira pada rakaat pertama atau kedua..bagi saya,surah ini mempunyai nilai dan kesyahduan yang tersendiri buat diri saya. dan saya dapat merasakan,sedihnya apabila mengingatkan banyaknya bantuan yang ALLAH dah berikan ketika saya kesusahan,tapi saya masih lagi terkadang lalai dalam menunaikan perintahnya..ALLAH...
2 peristiwa perit yang berlaku dalam hidup saya (saya bercerita atas sebab ingin berkongsi kasih sayang yang ALLAH dah berikan kepada saya,bukan bertujuan untuk mendedahkan kelemahan atau menceritakan masalah) berlaku pada pada 2 rangka masa yang berbeza,cuma ceritanya hampir sama..
pagi itu,selepas kelas DJ,saya ada pembentangan laboratory, sudah menjadi
kebiasaan untuk pelajar fakulti sains untuk membentangkan
hasil lab mereka dihadapan panel penilai yang memang arif dalam bidangnya.
Cuma semester ini saya agak kurang bernasib baik,
kerana lab saya sem ini adalah lab advance electronic,satu subjek yang
saya tidak faham dan tidak suka.
tapi saya harus present lab tersebut.
untuk pertama kalinya dalam hidup saya,saya tidak mampu untuk
menyampaikan lab tersebut dengan baik.
dan untuk pertama kalinya dalam hidup saya,saya tidak dapat menjawab satu pun soalan
dari ahli panel. dan saya juga dimarahi dihadapan bilik lab,yang didalamnya ada
lebih kurang 20 orang. dan semuanya terpaku melihat saya dimarah...
dengan sebegitu teruk...
ujian ALLAH bermula....
untuk pertama kalinya,saya menangis didalam kelas...
dihadapan coursemate,lelaki!
saya benci menangis depan lelaki,tapi hari itu saya tewas,air mata saya
tumpah sejurus selepas habis dimarahi...
dan ia berlanjutan sehingga kelas seterusnya..
saya menangis semahu-mahunya ketika itu,
memikirkan keputusan untuk menukar kos..
dan kata-kata yang paling pedih adalah.."you dont understand anything so why do you take physics?"
ALLAH...it affect me alot..
too much hurt for me that day
dan sebagai akibat...
untuk 2 hari,saya sakit kepala yang teruk.
sangat teruk sampai saya susah nak buka mata..
tapi untuk kelas pada hari itu,
tiba-tiba ada seorang classmate saya tanya pensyarah
"prof,are you ever facing failure in your life?"
prof tu pun menjawab
"if you asking me in the world of academic,no i never.but if you ask in my life,of course i have. but one thing that you have to bear in your mind,
whenever you face the failure,never thought it will be the end of your life,
dont feel frustrated for a long time,
take ones furious,as an advice for you,
thing positive,never feel sad whenever you fail to do something,
wake up,and start a new life.
you should not let the sadness cover your feeling."
apabila dia menasihati,saya merasakan yang kata2 itu ditujukan kepada saya
walaupun waktu tu saya tidak dapat berfikir dengan baik akibat sakit kepala,
namun,saya dapat tangkap mesej yang nak disampaikan.
dan terima kasih pada yang bertanyakan soalan tu pada DJ,ALLAH hantar awak dan DJ untuk menguatkan balik semangat saya..
dan tiba-tiba kepala saya terbayang surah al-insyirah...
dan ayat yang sering saya pegang dan amalkan setiapkali saya rasa tekanan yang
cukup hebat melanda saya
'setiap kesulitan,pasti ada kemudahan,dan ALLAH tegaskan sekali lagi
setiap kesulitan pasti ada kemudahan."
maka setiap kali jugalah saya akan merasa tenang...
saya mula rasa tenang. dan alhamdulillah,saya dapat berkomunikasi dengan baik selepas itu.
dan saya sangat yakin ALLAH masih mahu membantu saya.
cuma saya yang perlu mecari lagi cintaNya...
cerita kedua bersambung pada post akan datang insya ALLAH...
Selasa, 5 April 2011
bicara tokoh,Prof Dr Sidek Baba
assalamualaikum,bicara tokoh bersama Prof Dr Sidek bin Baba yang akan membicarakan mengenai mengimbangi idealism dan realiti. satu diskusi yang sangat menarik kerana tajuk seperti ini jarang dibincangkan secara terbuka. Jumaat, 1 April 2011
Syarah al-Hikam oleh ustaz zulkifli mohammad al-bakri

assalamualaikum..bumi utm dihujani dengan ilmu agama..mari sahabat2,ramai2 kita ke talaqqi kitab syarah al-hikam,ajak kawan2,sahabat handai untuk membersihkan hati..semoga dengan sedikit usaha kita utk mencintai ilmu untu mendekati diri kite dengan ALLAH mendapat ganjaran darinya...berkorbanlah sedikit utk menambahkan ilmu didada..
Rabu, 23 Mac 2011
dimana rasa cintaMu?
Sabtu, 5 Mac 2011
MUSLIMAT ASAS KEGEMILANGAN UMMAH
nota:
perutusan ini juga boleh dibaca di blogsite rakan pusat islam utm.
Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kita bersama-sama menghirup udara segar dan masih lagi diberi kekuatan untuk menambahkan amal soleh kita. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia rasulullah S.A.W kerana tanpa nikmat Islam yang telah diperjuangkan baginda satu masa dahulu,tidak mungkin kita boleh mengamalkan ajaran Islam secara terbuka terutamanya di Malaysia.
Berbicara mengenai muslimat asas kegemilangan ummah,saya tidak pasti sama ada ramai yang bersetuju dengan saya ataupun tidak. Saya melihat dari perspektif muslimat adalah ‘foundation’ atau asas untuk tokoh-tokoh ternama,ahli-ahli agama yang mahsyur dan juga pejuang-pejuang yang tidak jemu memburu syahid. Saya ambil contoh seorang ibu yang solehah sudah semestinya mahukan dan akan mendidik anaknya untuk menjadi seorang yang soleh/solehah dan selain dari usaha ibu dan bapanya untuk mendidik anaknya kearah seorang mukmin yang serba boleh,sudah tentu pengharapan kepada Allah akan menjadi satu keutamaan dalam melakukan sesuatu.
Dari segi teman hidup pula,sudah semestinya seorang aktivis dakwah tidak mahukan pembantu yang membantutkan kerja-kerja dakwahnya. Nah,disini kita dapat melihat bagaimana seorang wanita memainkan peranan yang penting dalam memudahkan kerja-kerja dakwah si suami. Ingat,setiap apa yang kita lakukan,adalah dikira ibadah selagi niat kita adalah kerana ALLAH S.W.T. bagaimana dapat dikatakan muslimah adalah asas kegemilangan ummah? Sudah tentu ianya bermula dari proses memilih teman hidup. Pastinya mereka yang menginginkan rumah tangga dakwah atau baitul dakwah akan menjadikan wanita yang memahami selok belok dakwah untuk bersama-sama beraksi di medan dakwah. Sekiranya seorang aktivis itu meenjadikan seorang wanita yang tidak memahami tugas-tugas dakwahnya,disinilah akan terjadi pelbagai kesulitan dan juga kesukaran disebabkan si isteri tidak memahami si suami yang terpaksa keluar kadang-kadang setiap hari atas nama dakwah
Saya suka untuk menyentuh dari segi gerak kerja mahasiswa islam di kampus. Kaum adam dan hawa mempunyai peranan masing-masing dalam melaksanakan kerja amal islami. Namun,sekiranya mereka tidak memahami bagaimana peranan seorang lelaki dan seorang wanita dalam bergerak kerja,maka itu pasti menimbulkan masalah yang besar kepada organisasi. Saya ambil contoh,seorang lelaki sudah pastinya seorang yang mampu untuk merangka perjalanan sesebuah organisasi dari sudut pandangan kehadapan. Dan tidak dinafikan golongan ini juga dapat berfikir secara kompleks dan lebih waras membuat keputusan walaupun dalam keadaan yang genting. Tetapi jangan dilupakan,golongan ini juga sering kali terlupa perkara-perkara kecil yang remeh temeh dan kadang kala membawa satu bencana kepada organisasi ataupun program itu sendiri. Disinilah peranan seorang nisa’ untuk mengingatkan si rijal mengenai keterlupaannya. Dan jangan disalahkan wanita tersebut andainya dia tidak bersama-sama menjadi pemikir yang idealis kerana hakikat kejadiannya adalah berupa penyediaan asas untuk si lelaki. Saya ambil analogi sebuah bangunan yang besar,apa akan terjadi sekiranya bangunan tersebut langsung tidak mempunyai simen? sudah psti bangunan yang besar dan gah itu tidak dapat berdiri dengan sendirinya. begitu juga dengan organisasi atau program. tidak mungkin sebuah program yang gah akan dapat berdiri dengan sempurna andai hal-hal teknikal diabaikan.
Mahasiswi juga punya peranan tersendiri kepada kelompok mahasiswi dan juga masyarakat luar yang mengharapkan segolongan mahasiswa untuk memimpin mereka kearah masyarakat yang lebih baik. Disinilah peranan seorang pemudi dakwah untuk memimpin masyarakat mengenal dan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup mereka dan mewujudkan masyarakat islam,seterusnya mewujudkan negara islam dalam konteks yang sebenar-benarnya. Perutusan saya kali ini adalah lebih kepada menyentuh kekuatan dan peranan mahasiswi kerana tugas dakwah dan juga peranan organisasi dakwah telah pun disentuh oleh dua orang syabab Islam dalam perutusan yang sebelumnya.
Sekian,
NUR ATIKAH BINTI SHAARI
Timbalan Presiden 2
Rakan Pusat Islam,Universiti Teknologi Malaysia