kerana kita mahasiswa

kerana kita adalah mahasiswa yang berilmu,menyokong setiap aspirasi yang didokong universiti.,membudayakan idealisme yang mampu dan seharusnya dicapai oleh mahasiswa,kerana itu blog ini dinamakan PENCARIAN ILMU..

Jumaat, 15 April 2011

surah yang banyak meningkatkan motivasi diri

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?

4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),

8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).


bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah,kini ALLAH memberi saya ruang untuk terus menulis.

menulis untuk memotivasikan diri

menulis untuk berkongsi pengalaman,

dan insya ALLAH

menulis untuk mendapat keberkatan dan redha Nya..


saya kira sudah pasti ramai yang dah khatam surah ini. surah al-insyirah @ alam nasyrah sangat-sangat selalu kita dengar. saya juga pasti,ramai yang telah mengetahui apakah maksud surah ini,tak terkecuali mereka yang telah menghafaz surah ini. tapi pengalaman yang ingin dikongsi,buat mereka yang tahu,anggap ini sebagai peringatan semula buat diri sendiri dan buat yang tidak tahu,ini adalah ilmu baru utk saudara fillahku,insya ALLAH

pertama kali membaca maksud surah ini,saya tidak terlalu mengambil peduli sangat akan maksudnya,tiada yang betul-betul terkesan dalam diri saya. namun,masa berubah. semakin dewasa kita,semakin banyak ujian yang ALLAH berikan untuk mematangkan diri. dan juga,sudah pasti sebagai orang yang mengaku beriman dengan Al-Quran,ayat-ayat ALLAHlah yang bisa mengubat hati..

setiap kali solat,saya pasti akan baca surah ini,tak kira pada rakaat pertama atau kedua..bagi saya,surah ini mempunyai nilai dan kesyahduan yang tersendiri buat diri saya. dan saya dapat merasakan,sedihnya apabila mengingatkan banyaknya bantuan yang ALLAH dah berikan ketika saya kesusahan,tapi saya masih lagi terkadang lalai dalam menunaikan perintahnya..ALLAH...

2 peristiwa perit yang berlaku dalam hidup saya (saya bercerita atas sebab ingin berkongsi kasih sayang yang ALLAH dah berikan kepada saya,bukan bertujuan untuk mendedahkan kelemahan atau menceritakan masalah) berlaku pada pada 2 rangka masa yang berbeza,cuma ceritanya hampir sama..


pagi itu,selepas kelas DJ,saya ada pembentangan laboratory, sudah menjadi

kebiasaan untuk pelajar fakulti sains untuk membentangkan

hasil lab mereka dihadapan panel penilai yang memang arif dalam bidangnya.

Cuma semester ini saya agak kurang bernasib baik,

kerana lab saya sem ini adalah lab advance electronic,satu subjek yang

saya tidak faham dan tidak suka.

tapi saya harus present lab tersebut.

untuk pertama kalinya dalam hidup saya,saya tidak mampu untuk

menyampaikan lab tersebut dengan baik.

dan untuk pertama kalinya dalam hidup saya,saya tidak dapat menjawab satu pun soalan

dari ahli panel. dan saya juga dimarahi dihadapan bilik lab,yang didalamnya ada

lebih kurang 20 orang. dan semuanya terpaku melihat saya dimarah...

dengan sebegitu teruk...

ujian ALLAH bermula....

untuk pertama kalinya,saya menangis didalam kelas...

dihadapan coursemate,lelaki!

saya benci menangis depan lelaki,tapi hari itu saya tewas,air mata saya

tumpah sejurus selepas habis dimarahi...

dan ia berlanjutan sehingga kelas seterusnya..

saya menangis semahu-mahunya ketika itu,

memikirkan keputusan untuk menukar kos..

dan kata-kata yang paling pedih adalah.."you dont understand anything so why do you take physics?"

ALLAH...it affect me alot..

too much hurt for me that day

dan sebagai akibat...

untuk 2 hari,saya sakit kepala yang teruk.

sangat teruk sampai saya susah nak buka mata..

tapi untuk kelas pada hari itu,

tiba-tiba ada seorang classmate saya tanya pensyarah

"prof,are you ever facing failure in your life?"

prof tu pun menjawab

"if you asking me in the world of academic,no i never.but if you ask in my life,of course i have. but one thing that you have to bear in your mind,

whenever you face the failure,never thought it will be the end of your life,

dont feel frustrated for a long time,

take ones furious,as an advice for you,

thing positive,never feel sad whenever you fail to do something,

wake up,and start a new life.

you should not let the sadness cover your feeling."

apabila dia menasihati,saya merasakan yang kata2 itu ditujukan kepada saya

walaupun waktu tu saya tidak dapat berfikir dengan baik akibat sakit kepala,

namun,saya dapat tangkap mesej yang nak disampaikan.

dan terima kasih pada yang bertanyakan soalan tu pada DJ,ALLAH hantar awak dan DJ untuk menguatkan balik semangat saya..

dan tiba-tiba kepala saya terbayang surah al-insyirah...

dan ayat yang sering saya pegang dan amalkan setiapkali saya rasa tekanan yang

cukup hebat melanda saya

'setiap kesulitan,pasti ada kemudahan,dan ALLAH tegaskan sekali lagi

setiap kesulitan pasti ada kemudahan."

maka setiap kali jugalah saya akan merasa tenang...

saya mula rasa tenang. dan alhamdulillah,saya dapat berkomunikasi dengan baik selepas itu.

dan saya sangat yakin ALLAH masih mahu membantu saya.

cuma saya yang perlu mecari lagi cintaNya...

cerita kedua bersambung pada post akan datang insya ALLAH...




Selasa, 5 April 2011

bicara tokoh,Prof Dr Sidek Baba

assalamualaikum,bicara tokoh bersama Prof Dr Sidek bin Baba yang akan membicarakan mengenai mengimbangi idealism dan realiti. satu diskusi yang sangat menarik kerana tajuk seperti ini jarang dibincangkan secara terbuka.

ayuh sahabat2,rakan2 mahasiswa!

khususnya yang terlibat dalam aktivis kemahasiswaan,kita berdiskusi bersama Prof untuk mengimbangi idealisme dengan realiti..

Jumaat, 1 April 2011

Syarah al-Hikam oleh ustaz zulkifli mohammad al-bakri


assalamualaikum..bumi utm dihujani dengan ilmu agama..mari sahabat2,ramai2 kita ke talaqqi kitab syarah al-hikam,ajak kawan2,sahabat handai untuk membersihkan hati..semoga dengan sedikit usaha kita utk mencintai ilmu untu mendekati diri kite dengan ALLAH mendapat ganjaran darinya...berkorbanlah sedikit utk menambahkan ilmu didada..

Rabu, 23 Mac 2011

dimana rasa cintaMu?

aku masih perlukan Dia,
dahulu,kini dan selamanya,
kerana aku sangat lemah dan tidak berdaya,
melainkan dengan sedikit kekuatan dariNya

aku mahu mencintai-Nya,
tetapi terasa satu kekosongan dalam hati ini
terasa sangat hina,
kerana masih tidak mampu untuk mencintaiNya
dengan sepenuh hati..

hamba apakah aku ini???
tak selayaknya aku menggelarkan diri sebagai hamba
seandainya masih tidak mampu menghadirkan rasa cinta pada Dia..

Allah...
Engkau paling berkuasa
Engkau paling bijaksana

Allah...
aku meletakkan seluruh penghidupanku padaMu
aku meletakkan jiwa dan nyawaku padaMu
aku letakkan kelebihanku dan kelemahanku padaMu

ya ALLAH,
hadirkanlah rasa cinta padaMu
hadirkanlah rasa rindu padaMu
hadirkanlah rasa mengasihi padaMu

aku sudah tidak sanggup,
untuk hidup dalam kekosongan ini
untuk hidup dalam kelelahan ini

kembara hamba mencari cinta tuannya.



Sabtu, 5 Mac 2011

MUSLIMAT ASAS KEGEMILANGAN UMMAH


nota:

perutusan ini juga boleh dibaca di blogsite rakan pusat islam utm.

Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kita bersama-sama menghirup udara segar dan masih lagi diberi kekuatan untuk menambahkan amal soleh kita. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia rasulullah S.A.W kerana tanpa nikmat Islam yang telah diperjuangkan baginda satu masa dahulu,tidak mungkin kita boleh mengamalkan ajaran Islam secara terbuka terutamanya di Malaysia.

Berbicara mengenai muslimat asas kegemilangan ummah,saya tidak pasti sama ada ramai yang bersetuju dengan saya ataupun tidak. Saya melihat dari perspektif muslimat adalah ‘foundation’ atau asas untuk tokoh-tokoh ternama,ahli-ahli agama yang mahsyur dan juga pejuang-pejuang yang tidak jemu memburu syahid. Saya ambil contoh seorang ibu yang solehah sudah semestinya mahukan dan akan mendidik anaknya untuk menjadi seorang yang soleh/solehah dan selain dari usaha ibu dan bapanya untuk mendidik anaknya kearah seorang mukmin yang serba boleh,sudah tentu pengharapan kepada Allah akan menjadi satu keutamaan dalam melakukan sesuatu.

Dari segi teman hidup pula,sudah semestinya seorang aktivis dakwah tidak mahukan pembantu yang membantutkan kerja-kerja dakwahnya. Nah,disini kita dapat melihat bagaimana seorang wanita memainkan peranan yang penting dalam memudahkan kerja-kerja dakwah si suami. Ingat,setiap apa yang kita lakukan,adalah dikira ibadah selagi niat kita adalah kerana ALLAH S.W.T. bagaimana dapat dikatakan muslimah adalah asas kegemilangan ummah? Sudah tentu ianya bermula dari proses memilih teman hidup. Pastinya mereka yang menginginkan rumah tangga dakwah atau baitul dakwah akan menjadikan wanita yang memahami selok belok dakwah untuk bersama-sama beraksi di medan dakwah. Sekiranya seorang aktivis itu meenjadikan seorang wanita yang tidak memahami tugas-tugas dakwahnya,disinilah akan terjadi pelbagai kesulitan dan juga kesukaran disebabkan si isteri tidak memahami si suami yang terpaksa keluar kadang-kadang setiap hari atas nama dakwah

Saya suka untuk menyentuh dari segi gerak kerja mahasiswa islam di kampus. Kaum adam dan hawa mempunyai peranan masing-masing dalam melaksanakan kerja amal islami. Namun,sekiranya mereka tidak memahami bagaimana peranan seorang lelaki dan seorang wanita dalam bergerak kerja,maka itu pasti menimbulkan masalah yang besar kepada organisasi. Saya ambil contoh,seorang lelaki sudah pastinya seorang yang mampu untuk merangka perjalanan sesebuah organisasi dari sudut pandangan kehadapan. Dan tidak dinafikan golongan ini juga dapat berfikir secara kompleks dan lebih waras membuat keputusan walaupun dalam keadaan yang genting. Tetapi jangan dilupakan,golongan ini juga sering kali terlupa perkara-perkara kecil yang remeh temeh dan kadang kala membawa satu bencana kepada organisasi ataupun program itu sendiri. Disinilah peranan seorang nisa’ untuk mengingatkan si rijal mengenai keterlupaannya. Dan jangan disalahkan wanita tersebut andainya dia tidak bersama-sama menjadi pemikir yang idealis kerana hakikat kejadiannya adalah berupa penyediaan asas untuk si lelaki. Saya ambil analogi sebuah bangunan yang besar,apa akan terjadi sekiranya bangunan tersebut langsung tidak mempunyai simen? sudah psti bangunan yang besar dan gah itu tidak dapat berdiri dengan sendirinya. begitu juga dengan organisasi atau program. tidak mungkin sebuah program yang gah akan dapat berdiri dengan sempurna andai hal-hal teknikal diabaikan.

Mahasiswi juga punya peranan tersendiri kepada kelompok mahasiswi dan juga masyarakat luar yang mengharapkan segolongan mahasiswa untuk memimpin mereka kearah masyarakat yang lebih baik. Disinilah peranan seorang pemudi dakwah untuk memimpin masyarakat mengenal dan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup mereka dan mewujudkan masyarakat islam,seterusnya mewujudkan negara islam dalam konteks yang sebenar-benarnya. Perutusan saya kali ini adalah lebih kepada menyentuh kekuatan dan peranan mahasiswi kerana tugas dakwah dan juga peranan organisasi dakwah telah pun disentuh oleh dua orang syabab Islam dalam perutusan yang sebelumnya.

Sekian,

NUR ATIKAH BINTI SHAARI

Timbalan Presiden 2

Rakan Pusat Islam,Universiti Teknologi Malaysia

kanak-kanak ribena tadika ihsan

alhamdulillah,tadi telah selamat berlangsung hari sukan tadika ihsan utm. seronok sangat dapat melihat pelbagai telatah anak-anak kecil dan juga ibu bapa mereka. barulah saya mengerti,betapa menjadi seorang cikgu tadika adalah sangat penat. terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah anak-anak kecil,dengan masalah pengurusan lagi dan juga masalah-masalah teknikal sampingan adalah sesuatu yang menakjubkan bagaimana guru-guru tadika ini sanggup berhadapan denga anak-anak ini untuk jangka masa yang panjang

baiklah,bercerita mengenai pengalaman menjaga rumah sukan tadi,saya telah diberi amanah untuk menjaga rumah sukan kuning atau 'Rumah Uthman'. belum apa-apa lagi sudah ada adik kecil yang menangis. terpaksa pergi memujuk adik itu,kemudian berlari untuk menjaga barisan yang sudah tak kelihatan seperti barisan. walauun hanya menjaga budak-budak dalam lingkungan 20 orang,itu sudah cukup untuk membuat saya pening kepala. itu baru je meminta mereka masuk dalam barisan,belum lagi selang sorang menangis dengan seribu satu sebab dan paling best skali mereka mesti cakap 'nak jumpe ibu@umi'... dan saya hanya mampu memujuk.....

kemudian diteruskan lagi dengan acara yang menarik hati iaitu acara pom-pom. dengan diketuai oleh timbalan presiden 1 rakan pusat islam,ia telah memeriahkan lagi acara pom-pom. hurm,ternyata adik-adik seakan suka dengan si demonstrants pom-pom tu =)..

banyak kenangan manis berada dengan adik-adik ni. yang paling saya dapat kesan dari anak-anak ini adalah,mereka sangat perlukan dan mahukan perhatian dari kita. cuba bayangkan,saya baru je duduk dah datang sorang@ dua orang untuk duduk atas riba. belum lagi yang datang dan menayangkan medal-medal yang mereka menang. tambahan lagi,anak-anak foreigner yang tak faham bahasa melayu juga turut datang dan menayangkan medal mereka. semata-mata mahu menunjuk yang mereka juga dah main sukan..saya pasti,fasi-fasi lain juga merasakan perkara yang sama

tapi kami surrender awal. dalam pukul 12 memang kami dah tak boleh nak kawal mereka. huru-hara dewan KP tu dengan kerenah anak-anak kecil berlari ke sana-sini. saya pun hanya mampu menangkap mereka yang berada dekat dengan saya tapi lama-lama...owh,tak boleh dah..sangat penat mengejar mereka~
(maaf,tiada gambar dapat disertakan dalam post ini,sebab saya paling tak suka bergambar)

Sabtu, 26 Februari 2011

dimana keadilannya???

bismillahirahmanirahim. alhamdulillah,pilihannraya kampus telah pun berlalu.kini tibalah masanya untuk pembentukan kabinet MPM. banyak yang berlaku ketika pemilihan kabinet ini.ada mahasiswa yang kena buang kolej atau dengan bahasa halusnya "pindah kolej" tapi tak diberitahu pindah ke kolej mana.ada juga mahasiswa yang dinafikan haknya untuk menyokong dengan sebab memegang jawatan dalam kolej dan memilih kabinet dengan mengangkat tangan?? satu perkara lawak yang saya kira macam budak darjah satu! sebenarnya saya ada terlalu banyak persoalan untuk dijawab oleh pihak-pihak berkaitan. oleh kerana saya tiada facebook,maka saya harap,sesiapa yang terbaca entri kali ini,bolehlah menjawab atau mengajukan kepada pihak yang berkenaan

1) kenapa diadakan pembahagian kerusi,iaitu kerusi umum dan kerusi fakulti?

2) kalau kata kerusi umum untuk mereka yang akan memegang jawatan dalam Majlis Eksekutif MPM,maka apa rasionalnya calon fakulti yang dipilih menjadi berada di atas?


3) kalau disebabkan pengalaman berada dalam MPM,mengapa calon yang bertanding umum yang juga pernah memegang jawatan dalam MPM dinafikan haknya untuk berada dalam majlis eksekutif?

4) kalau calon umum yang menang tu juga merupakan calon umum yang menang kenapa mesti diletakkan di posisi yang bawah?kenapa mesti calon umum yang pertama kali bertanding dan menang diletakkan di atas? kenapa tak diutamakan mantan MPM yang menang kali ini??

5) kenapa mesti gunakan lagi perkataan MPP sedangkan naib Canselor dahpun tukarkan kepada MPM? saya pernah diarahkan untuk membetulkan satu surat gara-gara tersilap tulis Pejabat Hal Ehwal PELAJAR dan Alumni.bukannya Hal Ehwal MAHASISWA dan Alumni??

6) kenapa kalau jadi calon pengetua dapat banyak kemudahan? bukankah kalau jadi MPM yang dapat banyak kemudahan disebabkan mereka ini kena bekerja untuk mahasiwa??

7) kalau kata pemilihan angkat tangan ini sesuatu yang adil dan dipersetujui oleh semua perwakilan,sedar tak yang wakil dari evolusi adalah sebanyak 45 orang dan dari pro m hanya 12 orang dan hanya 5 orang bebas? adil ke macam ni?

8) adil ke kalau orang yang mereka tidak kenal,tapi sebab bekerja bawah satu kumpulan maka kena sokong orang yang berada dalam satu kumpulan?? adil ke?


saya melontarkan persoalan ini kerana saya juga mengundi. saya akan ditanya atas undian saya nnti dan saya juga perlu bertanggungjawab atas pemimpin yang saya pilih,kerana di akhirat nanti saya akan mengikut pemimpin yang saya undi nanti. kalian jangan ingat perkara ini adalah sesuatu yang main-main..

ibnu umar radiyallahu 'anhuma dengar dari Rasulullah SAW bersabda:
semua kamu laksana gembala,SEMUA KAMU ditanya mengenai rakyatnya,ketua negara adalah GEMBALA dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya,seorang lelaki adalah gembala kepada keluarganya dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. seorang isteri adalan gembala dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab tentang rakyatnya,seorang KHADAM adalah gembala kepada harta benda tuannya dan bertanggungjawab tentang rakyatnya dan KAMU SEKELIAN ADALAH GEMBALA DAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYATNYA


ingat

2)wahai orang-orang yang beriman,mengapakan kamu tidak mengerjakan apa yang kamu katakan?
3) itu sangatlah dibenci disisi ALLAH jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan
As-saff ayat 2 dan 3

satu lagi peringatan kepada mereka yang memilih kabinet

diriwayatkan dari ibnu abbas radiyallu 'anhuma,bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

sesiapa yang melantik seorang lelaki ke atas suatu kumpulan,sedangkan ada di kalangan mereka orang lain yang lebih DIREDHAI ALLAH,maka dia sudah khianat ALLAH,RASUL dan ORANG-ORANG BERIMAN


satu lagi hadis Rasulullah

Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa rasulullah SAW bersabda

sesungguhnya kamu kelak akan mengharapkan jawatan,sementara jawatan itu akan menjadi sumber penyesalan bagi perlakunya pada hari kiamat (jika tidak dijalankan dengan benar)
riwayat bukhari no 7148

berdasarkan hadis sahih dan ayat Al-Quran yang telah saya kemukakan,saya benar-benar mengharapkan ada yang sudi menjawab pertanyaan saya ini..nasihat dan amaran keras ini ALLAH dan rasul telah tinggalkan kepada kita (mereka yang memegang jawatan) supaya kita tidak terleka dalam memilih pemimpin kita.