kerana kita mahasiswa

kerana kita adalah mahasiswa yang berilmu,menyokong setiap aspirasi yang didokong universiti.,membudayakan idealisme yang mampu dan seharusnya dicapai oleh mahasiswa,kerana itu blog ini dinamakan PENCARIAN ILMU..

Selasa, 7 Disember 2010

belajar dari buku

bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi dikurniakan akal fikiran yang sihat dan masih mampu untuk menyumbang untuk islam..selawat dan salam kepada junjungan mulia nabi muhammad S.A.W kerana tanpa perjuangan baginda untuk menegakkan islam,kita tidak akan dapat merasa untuk hidup sesenang ini..

alhamdulillah,sedikit perkongsian mengenai satu buku yang saya pernah baca,iaitu teknik memotivasikan anak-anak cara positif. saya lupa siapa pengarangnya,tetapi apa yang boleh saya kongsikan disini,adalah sedikit tips yang saya dapat,dan boleh digunapakai untuk semua golongan

1)anak-anak lebih meniru perbuatan ibu bapa berbanding mendengar kata-kata mereka.kuasa pemerhatian jauh lebih terkesan jika dibandingkan dengan kuasa kata-kata..

sedikit ulasan saya mengenai fakta yang pertama ini.sekiranya kita memerhatikan perangai kanak-kanak,mereka cenderung untuk meniru perbuatan dari ibu dan ayah mereka.mereka gemar melakukan perbuatan yang mereka lihat dan salah satu cara untuk mendidik anak-anak adalah dengan cara menunjukkan peribadi yang mulia. begitu juga didalam organisasi. anak buah kita akan lebih menghormati kita seandainya kita lebih berakhlak dalam memberi arahan.mereka cenderung untuk melakukan perbuatan yang sama dengan apa yang kita harapkan. dalam satu buku, how to wins friends and influence people ada menceritakan bagaimana caranya untuk kita memenangi hati kawan-kawan,anak buah kita dengan cara menunjukkan peribadi yang mulia..begitu jugalah dengan anak-anak kita

2)jangan dimarah dengan kata-kata yang kasar,sebaliknya terangkan secara berhikmah akan kesilapan yang telah dilakukan

ramai yang menyangka,apabila anak-anak dimarah maka mereka akan lebih mengormati ibu bapa.pada hakikatnya,anak-anak mula merasa takut dengan ibu bapa dan ini boleh membentuk satu jurang antara ibu bapa dan anak-anak.perkataan yang baik,diiringi denda yang munasabah untuk kesalahan yang berulang akan lebih terpahat dalam diri anak-anak dan mereka akan lebih menghormati ibu bapa mereka

selanjutnya akan saya tambah dari masa ke semasa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan