kerana kita mahasiswa

kerana kita adalah mahasiswa yang berilmu,menyokong setiap aspirasi yang didokong universiti.,membudayakan idealisme yang mampu dan seharusnya dicapai oleh mahasiswa,kerana itu blog ini dinamakan PENCARIAN ILMU..

Selasa, 30 November 2010

selamat bercuti

akhirnya,masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba buat semua adik-adik yang masih berada di bangku sekolah..cuti sekolaa,walaupun saya lambat untuk mengucapkan selamat bercuti,namun,saya mengharapkan agar adik2 dapat meluangkan masa sebaiknya ketika berada di rumah..

untuk mahasiswa UTM terutamanya,selamat bercuti juga saya ucapkan kepada kalian,buat yang tidak dapat balik atas sebab program dan sebagainya,cubalah cari peluang untuk bertemu dengan ayahanda dan bonda di rumah sana,janganlah dilupakan mereka,kerana tanpa mereka,kita tiada di bumi ini..penuhilah masa lapang kalian dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

saya pasti dan positif,bulan cuti ini pastinya menjadi pilihan kepada ramai pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang mereka. buat mereka yang akan melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah kali ini,saya ucapkan selamat pengantin baru,semoga kalian diredhai ALLAH dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..maafkan saya sekiranya ada undangan perkahwinan yang tidak dapat saya penuhi,kerana tanggungjawab dan amanah lain yang lebih memerlukan saya disitu..insya ALLAH,pada tahun hadapan,andai ada rezeki,saya akan cuba penuhi undangan perkahwinan sahabat-sahabat..

buat mereka yang menunggu keputusan,tak kiralah keputusan PMR,keputusan peperiksaan akhir tahun,berdoalah sebanyak mungkin kepada ALLAH,kerana kepada Dialah kita mengharapkan rahmat dan pertolongan..

saya merasakan post saya kali ini agak klise dan skema..apa2 pun, saya perlu memastikan hujung-hujung jari saya menari-nari di atas skrin laptop untuk menyampaikan sesuatu kepada masyarakat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan