Ahad, 12 Februari 2012
kembali
untuk post kali ini,saya lebih gemar untuk berkongsi kata-kata yang menarik yang pernah saya dengar
-->dalam kehidupan kita,kita kerap kali inginkan orang lain untuk memahami diri kita,tapi kita tak pernah nak memahami orang lain.tak apalah,mungkin itu menjadi pengajaran buat orang lain yang merasakan dirinya tidak diambil berat oleh orang lain
-->janganlah kita bekerja dan berjuang kerana amanah dan tanggungjawab semata-mata,tapi yakinilah bahawa apa yang kita buat semua kerana ALLAH,makanya andai kerja kita gagal,kita tidak akan terlalu kecewa dan kalau kita berjaya kita akan lebih bersyukur
--> yakinilah bahawa rezeki itu datangnya dari ALLAH,mungkin banyak sumber yang ALLAH boleh sampaikan rezekinya..dan kadang kala,rezeki itu datang dari sumber yang tak diduga
-->anda penat? rasa sakit2 badan dan lesu? ketika badan mula rasa letih melakukan kerja dakwah,ingatlah Rasulullah yang tak pernah cukup tidor.ketika diri rasa lesu sebab tak cukup tidor,ingatlah tentera salehuddin yang di siang harinya menjadi pahlawan dan malam harinya menjadi abid,wahai diri,engkau tak boleh terlalu manjakan diri,biarlah sakit,asalkan sakit itu kerana ingin menegakkan syiar islam
-->bantulah diri untuk menjaga hati,kerana sekali ia menjadi keras,hati itu akan susah untuk menitiskan air mata kekesalan kerana dosa yang terlalu menggunung tinggi
hee,setakat ini dulu kot post saya untuk kali ini,maaf andai sudah terlalu lama tidak update blog.=)
Rabu, 29 Jun 2011
haram berpurdah?
Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dadanya
Kerudung atau purdah adalah kain yang digunakan oleh kaum wanita untuk menutup kepala .Dan apabila wanita diperintahkan untuk menutup kain purdah ke dadanya ,maka ia pun diperintahkan untuk menutup wajahnya kerana wajah adalah tempat kecantikkan kaum wanita dan banyak menimbulkan fitnah bagi lelaki kerana kebanyakkan orang yang ingin melihat keindahan bentuk seseorang ,yang pertama mereka pandang dan perhatikan adalah wajah .Apabila didapatinya wajah yang cantik rupawan ,maka pandangannya akan terpaku kepada wajah yang indah itu sahaja .Kerana itu apabila ada orang yang berkata ; “Si polan cantik rupawan” , maka yang dimaksudkan adalah kecantikkan wajah si wanita tersebut .Dari sini jelaslah bahawa muka adalah tempat kecantikkan seorang wanita yang menjadi pusat perhatian kaum lelaki .Perlu diambil perhatian ,daripada surah annur itu tadi ,bahawa kain tudung itu mestilah besar sehingga menutup ke dada .Wanita-wanita `Arab pada zaman Jahiliah dahulu kala ada yang berkelumbung kepala dan menutup belakang leher mereka tetapi muka mereka terdedah ,bahagian depan leher mereka dan dada mereka juga terdedah . Baju kurung yang dipakai oleh wanita-wanita melayu ,walaupun sudah dikancing ,biasa juga menampakkan sebahagian kecil daripada dada dan masih menzahirkan bentuk buah dada dengan menonjol .Oleh itu ,wajiblah ditutup dengan kain tudung atau kelumbung yang besar dan jangan pandang remeh terhadap perkara ini .
Bila keadaan seperti ini ,bagaimana mungkin Syariat Islam yang lengkap dan sempurna untuk kebahagiaan kaum Muslimin mewajibkan wanita untuk menutup kain purdah ke leher dan dadanya tetapi membiarkan wajah terbuka ?
(ولايضربن بأرجلهن ليعلم مايخفين من زينتهن ( النور: 31
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .Dan janganlah mereka memukulkan kakinya
Iaitu tidak boleh bagi wanita memukulkan kakinya kerana khuatir diketahui apa-apa yang tersembunyi di kakinya daripada jenis perhiasan yang digunakan oleh wanita . Maka seandainya wanita tidak boleh memukulkan kekinya kerana takut timbul fitnah daripada lelaki dengan apa yang didengar daripada suara hiasannya ,maka bagaimana halnya dengan membuka muka ? manakah fitnah yang lebih besar daripada seseorang laki-laki mendengar suara perhiasan yang dipakai oleh wanita di kakinya tanpa mengetahui siapakah wanita itu ; cantikkah dia atau tidak ,masih mudakah dia atau seorang yang telah tua daripada melihat wajah wanita yang tidak berkerudung ,apalagi bila ia seorang wanita muda yang elok parasnya .Kerana tiap-tiap lelaki yang normal memiliki keinginan terhadap seorang wanita . Oleh itu kita berkesimpulan bahawa wajah wanita mutlak wajib ditutup .
يأيهاالنبى قل لأزوجك وبناتك ونسآءالمؤمنين يدنين عليهن من جلبيبهن ذلك أدنى أن يعرفن فلا يؤذين وكان الله غفورارحيما
Wahai Nabi ,katakanlah kepada isteri-isterimu ,anak perempuan dan isteri-isteri orang mu`min : Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ,yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal , kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah maha pengampun dan penyayang . (surah Al-Ahzab: 59)
Dalam kaitan ini ,Ibnu Abbas r.a berkata : “Allah SWT telah memerintahkan isteri-isteri orang mu`min apabila mereka keluar dari rumahnya untuk suatu keperluan , wajib mereka menutup kepala dan wajahnya dengan jilbab dan mereka boleh menampakkan mata sahaja .”
Para Ulama` dan Fuqaha` berkata bahawa pentafsiran seorang sahabat Rasulullah tentang sesuatu hukum daripada ayat suci Al-Qur`an merupakan dalil dan hujah bahkan ada sebahagian Ulama` yang menggolongkannya sebagai hadith marfu` yang sampai kepada Rasulullah SAW .Sedangkan pernyataan Ibnu Abbas yang membolehkan membuka kedua-dua belah mata adalah darurat dan hajat seperti untuk melihat jalan dan sebagainya .
Jilbab ialah selendang di atas kerudung yang fungsinya sama dengan mukena (telekung) .Ummu Salamah r.a berkata ketika ayat tersebut diturunkan : “Para wanita kaum Ansar ,apabila mereka keluar dari rumah untuk suatu keperluan ,maka mereka akan berjalan tertunduk dan di kepala mereka nampak kerudung hitam menutupinya .”
*Maka bagaimana dengan adanya dalil-dalil ini ,masih ada setengah-setengah di kalangan pelajar-pelajar menyatakan hukum jilbab hanya bagi isteri-isteri Nabi sahaja . Ini menunjukkan betapa jauh kejahilan kita dengan Agama .
Dalil-dalil Hadith
قال الرسول صلى الله عليه وسلم : اِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَنْظُرَ مِنْهَا اِذَا كَانَ اِنَّمَايَنْظُرُاِلَيْهَا لِخِطْبَةٍ وَاِنْ كَانَتْ لاَتُعْلَمُ
Sabda Rasulullah : “Apabila seseorang di antara kamu melamar seorang wanita ,maka dibolehkan baginya untuk melihat wajah wanita itu sekiranya si pelamar itu belum pernah melihat wajahnya sama sekali .” (H.R Ahmad)
Hadith Rasulullah tersebut di atas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menafikan dosa ke atas seorang peminang melihat wajah wanita yang dilamarnya itu dengan syarat behawa wanita yang dilihatnya itu akan menjadi isterinya pada waktu yang ditentukan dan disepakati bersama .Adapun selain peminangan ,maka sama sekali dilarang melihat wajah wanita itu dan berdosa bila hal ini dilakukannya juga .Demikian juga si peminang bila melihat wajah wanita itu bukan tujuan untuk meminangnya namum hanya sekadar menikmati kecantikkan dan keindahan wajah wanita itu sahaja ,ia adalah berdosa .
Sekalipun zahir hadith tersebut tidak menerangkan bahagian mana yang boleh dipandang oleh si pelamar tetapi sudah dapat kita fahami bahawa bahagian yang boleh dipandang hanyalah wajah kerana wajah adalah simbol dan tempat kecantikkan dan kesempurnaan wanita .Manakala bahagian tubuh lain boleh diketahui dari sifat wajah tersebut .
اَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ قال : مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظًرِ اللهُ اِلَيْهِ يَوْمَ القِيامَةِ فَقالتْ اُمُّ سَلَمَةَ : فَكَيْفَ يَصْنَعُ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ ؟ قالَ : يُرْخِيْنَهُ شِبْرًا فَقالتْ : اِذَا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ . قالَ : يُرْخِيْنَ ذِراعًا وَلاَيَزِدْنَ عليهِ
Rasulullah SAW bersabda : “ Allah tidak akan melihat orang yang menjulurkan bajunya ke bawah kerana sombong” .Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW : “Apa yang harus diperbuat oleh kaum wanita dengan baju panjangnya ? Jawab Rasulullah SAW : “Hendaklah mereka menghulurkannya satu jengkal ke bawah .” Ummu Salamah bertanya lagi : “ Kalau begitu akan terbuka telapak kaki mereka .” Berkata Rasulullah SAW : “ Hendaklah mereka menghulurkan satu hasta dan jangan ditambah lagi .(Hadith Riwayat Bukhari , Muslim dan selainnya)
Hadith ini merupakan dalil wajibnya menutup kedua-dua belah telapak kaki wanita , di mana hal itu merupakan masaalah yang sudah dimaklumi antara kaum wanita para sahabat Rasulullah SAW . Sedangkan kedua-dua belah telapak kaki lebih sedikit menimbulkan fitnah daripada kedua-dua telapak tangan dan muka .Peringatan atas suatu masaalah yang lebih ringan ,merupakan peringatan atas masaalah yang lebih berat dan besar seperti firman Allah dengan ertinya “jangan kau hampiri zina” ,maka melakukan zina itu terlebih diutama terlarang .Jika ada orang dilarang untuk berbicara ,tentu ia lebih dilarang untuk berteriak dan bersorak-sorak .
Syariat Islam tidak memerintahkan untuk menutup bahagian tubuh yang sedikit yang dapat menimbulkan fitnah ,sementara membiarkan kaum wanita membuka bahagian yang banyak yang menimbulkan fitnah .
عن عائشة رضى الله عنها قالت : كانَ الرُّكْبَانُ يَمُرُّوْنَ بِنَا وَنَحْنُ مُحْرِمَاتٌ مَعَ رَسولِ اللهِ صلىَّ اللهُ عليهِ وسلَّمَ فَاِذَا جَاؤُوْنَا سَدَلَتْ اِحْدَانَا جِلْبَابَهَا عَلىَ وَجْهِهَا مِنْ رَأْسِهَا فَاِذَا جَاوَزُوْنَاكَشَفْنَاهُ
Ummul Mu`minin Aisyah r.a berkata : “ Ada serombongan penunggang penunggang unta melalui kami ketika kami sedang berihram bersama Rasulullah SAW .Maka apabila rombongan itu datang kepada kami ,kami menutup muka dengan jilbab dan apabila rombongan itu telah meninggalkan kami , maka kami buka kembali penutup wajah kami itu .” (H.R Ahmad , Abu Daud dan Ibnu Majah)
Perkataan Aisyah r.a : “Apabila rombongan itu datang kepada kami ,kami menutup muka dengan jilbab kami “, adalah dalil wajib menutup muka kerana yang diperintahkan dalam berihram adalah membuka muka .Kalaulah bukan kerana adanya halangan membuka muka ya`ni datangnya rombongan berunta itu ,pasti mereka membiarkan mukanya terbuka .
Jelaslah membuka muka waktu berihram adalah wajib hukumnya ke atas wanita menurut pendapat kebanyakkan Ulama` Feqah dan perkara yang wajib tidak ada yang boleh menandinginya kecuali yang wajib pula .Maka seandainya tidak wajib menutup muka dengan jilbab terhadap lelaki yang asing ,pastilah tidak boleh meninggalkan yang wajib ya`ni membuka muka waktu berihram dengan cara menutupkan muka dengan jilbab/ cadar kerana lalunya lelaki asing .
*Dimana kitab pula dalil kakak siti zailah kita ambil ni sehingga menyatakan tawaf wanita itu terbatal sekiranya menutup muka . Paling banyak pun kena dam .Adapun syarat sah tawaf ada 8 perkara .Cuba ruju` pada kitab-kitab Feqah .
*Bila kita teliti dan fikirkan bersama bahawa para wanita yang membiarkan kepala dan wajahnya terbuka dihadapan lelaki asing , apalagi kalau kaum hawa itu merayau-rayau kesana kemari tanpa maksud dan tujuan .Maka kita akan dapati bahawa hal itu banyak menimbulkan akibat negatif yang boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah kehinaan dan kecelakaan .Di antaranya :
1) Timbulnya fitnah . Wanita-wanita yang selalu mepercantikkan diri dengan perhiasan dan alat solek ,sementara membiarkan kepala dan wajahnya terbuka untuk dipandang dan dini`mati oleh orang lain .Sesungguhnya ia telah menggali lubang kecelakaan bagi dirinya sendiri .Tentu sahaja hal ini merupakan buah kejahatan dan kehancuran .
2) Hilangnya rasa malu daripada diri wanita pada hal rasa malu itu sebahagian daripada pokok-pokok keimanan dan bergesernya naluri kewanitaan .Wanita merupakan lambang rasa malu bagi masyarakat manusia ,lebih-lebih lagi para gadis atau dara yang sentiasa menjaga kehormatannya dengan mengurung diri di rumahnya seperti gadis-gadis di bawah jagaan ketat .Bergesernya nilai rasa malu daripada diri wanita membawa pertanda berkurangnya iman di dada dan keluarnya wanita daripada naluri kewanitaan yang asli .
3) Timbulnya fitnah di kalangan lelaki sebab perbuatan wanita .Terutama apabila wanita itu mempunyai paras muka yang cantik yang membuat lelaki mabuk asmara . Berapa banyak perkelahian dan pertumpahan darah atau pelakuan sihir di kalangan pemuda kerana seorang gadis cantik yang tidak pandai memelihara kemuliaan dan kehormatannya sendiri .Ada sebuah pepatah yang masyhur berbunyi seperti ini :
نَظْرَةٌ فَسَلاَمٌ فَكَلاَمٌ فَمَوْعِدٌفَلِقاءٌ
“Mula-mula saling memandang ,kemudian menyampaikan salam ,lantas bercakap-cakap , terus mengikat janji dan akhirnya perjumpaan .”
*Kita harus ingat bahawa syaitan itu berjalan dalam pembuluh darah manusia , selalu berusaha membisikkan dan memjuknya untuk melakukan kejahatan dan dosa . Berapa banyak kejadian bermula daripada pembicaraan ,tawa dan janji yang akhirnya jatuh cintalah lelaki kepada wanita sehingga membuat hati lelaki selalu terkenang wajah gadis yang dilihatnya dan juga hati si gadis terpaut pada lelaki yang dipujanya .Kalau sudah begini keadaannya ,tidak mustahil terjadi hal-hal yang tidak diniginkan oleh syariat Islam yang mulia dan sempurna .
4) Pergaulan dan percampuran antara wanita dan lelaki . Sesungguhnya wanita apabila memandang dirinya sama dengan lelaki dalam hal kebebasan membuka wajah dan berjalan kesana kemari ,automatik akan berlakulah kemerosotan rasa malu pada diri perempuan kerana seringnya berjumpa dengan lelaki tanpa tabir dan hijab .
Pergaulan seperti ini ,dapat menimbulkan fitnah yang besar dan kerosakkan yang dasyat yang berlawanan dengan keinginan kaum Muslimin untuk hidup secara damai dan penuh ketenangan .
*Pada dasarnya yang kita kena ketahui ,bahawa ada dua maksud yang terkandung didalam dalil-dalil ini :
1) Memisahkan pergaulan wanita dengan lelaki asing (ajnabi) dan mengajarkan sikap serta keperibadian wanita muslimah .
2) Wajibnya bertabir bagi seorang wanita Muslimah terhadap lelaki yang bukan mahramnya .
*Disini saya akan menyatakan satu persatu mengenai rukun-rukun aurat perempuan supaya kita tak samakan aurat perempuan didalam sembahyang dan diluar sembahyang .
Ta`rif aurat : `Aurat daripada bahasa `Arab `awrah berma`na ke`aiban .Pada istilah Fiqh, ia diertikan bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan .
1) `Aurat perempuan yang merdeka (ya`ni bukan hamba sahaya) dan demikian juga khunsa (ya`ni yang mempunyai dua alat kemaluan sejak lahir) di dalam sembahyang ialah barang yang lain daripada mukanya dan dua tapak tangannya yang zahir dan batin hingga pergelangan tangannya .Muka dan dua tapak tangannya zahir dan batin hingga pergelangan tangannya bukanlah `aurat dalam sembahyang .Yang lain daripada ini , semuanya dikira aurat di dalam sembahyang .Adapun tapak kakinya memadalah ditutup dengan bumi atau lantai ketika berdirinya .Jikalau kelihatan tapak kakinya atau tumitnya ketika ruku`nya atau sujudnya ,maka batallah sembahyangnya .Inilah juga auratnya ketika dalam ihram haji dan umrah . * Makruh bagi perempuan itu menutup mukanya dalam sembahyang kecuali ketika ia berada di tempat sembahyang atau masjid di mana terdapat laki-laki ajnabi yang tiada memelihara pandangan mereka .Jikalau ditakuti ia akan dilihat mereka sehingga membawa kepada fasad (kerosakkan) ,maka haramlah atasnya mendedahkan mukanya tetapi apabila ia hendak sujud ,wajiblah ia angkatkan kain tutup mukanya supaya tiada tertutup dahinya ketika sujud .
2) `Aurat perempuan yang merdeka di luar sembahyang ; Di hadapan lelaki yang ajnabi (asing) atau yang bukan mahramnya ,maka sekalian badannya .Ertinya , termasuklah muka dan kedua tapak tangannya zahir dan batin .Maka sekalian badannya wajib ditutupi atau dilindungi dari pandangan lelaki yang ajnabi itu .Tiada harus dibuka muka dan kedua tapak tangannya sama ada ketika jadi saksi atau selainnya melainkan kerana dharurah .Ini adalah yang mu`tamad .Ada Qaul dhaif menyatakan melainkan muka dan dua tapak tangan . Ini pun sekiranya aman daripada fitnah walhal kita tahu bahawa `Aisyah r.h.a ada berkata “ sekiranya Rasulullah hidup pada zamannya maka sudah tentu Rasulullah akan menghalang orang perempuan pergi ke masjid kerana banyak fitnah .”Itu pada zamannya .Sekarang sudah berabad-abad lamanya .Makin berlakunya banyak fitnah .
3) `Aurat di hadapan perempuan yang kafir : Maka auratnya ialah barang yang lain daripada bahagian tubuh badannya yang zahir pada ketika ia berkhidmat atau bekerja dalam rumahnya iaitu kepala ,muka , leher , dua tapak tangan sampai kedua sikunya dan dua tapak kakinya .Demikianlah juga auratnya ketika di hadapan perempuan yang tidak jelas peribadi atau wataknya atau perempuan yang rosak akhlaknya .
4) Aurat di dalam Khalwat : Di hadapan perempuan yang Muslimat dan pada lelaki yang menjadi mahramnya ,maka `auratnya ialah barang yang antara pusat dan lutut seperti aurat lelaki di dalam sembahyang .
Walau bagaimanapun untuk menjaga adab ,maruah dan untuk memelihara daripada berlakunya perkara-perkara yang sumbang ,maka perlulah ditutup lebih daripada barang yang antara pusat dan lutut .Jikalau ditakuti fitnah ,maka fardhulah ditutup bahagian-bahagian tubuh selain daripada apa yang di antara pusat dan kedua lutut itu ,yang mungkin menggiurkan nafsu yang melihatnya .*kesimpulannya kita kena tahu aurat dalam ibadat dan aurat pada lelaki ajnabi dan aurat pada mahram adalah beza .Jangan bercelaru .Wallahualam .
*Bagi yang nak mengharamkan tu ,kenapa tidak haramkan saja yang sudah jelas-jelas haram seperti seorang perempuan yang berumur lingkungan 18 tahun memakai baju adiknya yang berusia 10 tahun sehingga nampak betul seluruh bentuk badannya yang menggeliurkan .Yang kita nak ikut Muhammad Sayyed Tantawi itu buat apa ! bukankah jelas-jelas dia bersalaman dengan ummul malaysia Rafidah Aziz walhal kita tahu itu adalah perbuatan haram dan Nabi sendiri tak pernah bersalaman dengan perempuan yang bukan mahramnya .Bukankah Tantawi juga menghapuskan perbelajaran bab jihad di Mesir kerana mengikut terlunjuk jari Amerika .Tolonglah jangan merapu dengan hukum-hukum Allah yang telah ditetapkan pada azali lagi .Bagi sahabat-sahabat yang diluar sana, saya faham mungkin ada setengah pihak tak dapat terima pengulasan saya kerana orang yang saya ulas itu adalah orang yang awak sayangi .Saya sayang Pas kerana ia menegakkan Al-Quran Hadith Ijma` dan Qiyas dan lagi pula ia memperjuangkan Islam bukan bangsa sebagaimana pihak yang lain hanya memperjuangkan bangsa melayu sahaja.Tetapi ini bukan berma`na kita kena ikut sahaja apa yang dikata oleh orang yang kita sayangi walau ia terang-terang salah . Ilmu menunjuk kita mana yang benar dan mana yang palsu atau mana yang mengikut akal .Maka terserahlah pada kalian .Kalau kalian nak kata perjuangan ,maka inilah perjuangan ,katakan tidak bagi mereka yang nak mengharamkan perkara yang difardhu oleh Allah taala .(Agaknya puak-puak ni nak tengok sangat orang-orang muda kita punya muka tak…tak tahu nak kata) . Wallahualam.
*Bagi menjawab persoalan sahabat saya ; Bagi seseorang yang sekejap pakai purdah sekejap tidak seperti dalam kampus ia tak pakai diluar ia pakai ,maka tak mengapa daripada tak pakai langsung .Begitu juga orang sembahyang ,sekejap sembahyang sekejap tidak ,tak bolehlah kita kata lebih baik jangan sembahyangkan .Maka kita doakan untuk mereka dan kita sendiri supaya istiqamah dalam segala hal . Maka kalau boleh dapat tu,pakai teruslah …Wallahualam..
Diambil dari singalaka.wordpress.com
Rabu, 1 Jun 2011
Minggu Pengurusan Pelajar Baru Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 2011/2012 (MPPB KMPP)
Khamis, 12 Mei 2011
tribute buat mereka~
saya kenal kakak ini ketika pertama kali minggu haluan siswa kat UTM,wajahnya sangat memikat hati kami,dan dia seorang yang sanggup bersusah payah bersama kami.waktu tu,dia timbalan ketua operasi MHS..dan dia juga banyak membantu saya selepas saya berada dalam UTM..banyak nasihat telah diberikan,dia juga selalu menjadi tempat rujukan saya sekiranya saya ada masalah.beliau pernah menjadi S/U BADAR,Bendahari Agung JKMKTC dan MPM,dan insya ALLAH,habis je semester ini,beliau akan bergelar graduan...beliau adalah...
Jumaat, 15 April 2011
surah yang banyak meningkatkan motivasi diri
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).
bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah,kini ALLAH memberi saya ruang untuk terus menulis.
menulis untuk memotivasikan diri
menulis untuk berkongsi pengalaman,
dan insya ALLAH
menulis untuk mendapat keberkatan dan redha Nya..
saya kira sudah pasti ramai yang dah khatam surah ini. surah al-insyirah @ alam nasyrah sangat-sangat selalu kita dengar. saya juga pasti,ramai yang telah mengetahui apakah maksud surah ini,tak terkecuali mereka yang telah menghafaz surah ini. tapi pengalaman yang ingin dikongsi,buat mereka yang tahu,anggap ini sebagai peringatan semula buat diri sendiri dan buat yang tidak tahu,ini adalah ilmu baru utk saudara fillahku,insya ALLAH
pertama kali membaca maksud surah ini,saya tidak terlalu mengambil peduli sangat akan maksudnya,tiada yang betul-betul terkesan dalam diri saya. namun,masa berubah. semakin dewasa kita,semakin banyak ujian yang ALLAH berikan untuk mematangkan diri. dan juga,sudah pasti sebagai orang yang mengaku beriman dengan Al-Quran,ayat-ayat ALLAHlah yang bisa mengubat hati..
setiap kali solat,saya pasti akan baca surah ini,tak kira pada rakaat pertama atau kedua..bagi saya,surah ini mempunyai nilai dan kesyahduan yang tersendiri buat diri saya. dan saya dapat merasakan,sedihnya apabila mengingatkan banyaknya bantuan yang ALLAH dah berikan ketika saya kesusahan,tapi saya masih lagi terkadang lalai dalam menunaikan perintahnya..ALLAH...
2 peristiwa perit yang berlaku dalam hidup saya (saya bercerita atas sebab ingin berkongsi kasih sayang yang ALLAH dah berikan kepada saya,bukan bertujuan untuk mendedahkan kelemahan atau menceritakan masalah) berlaku pada pada 2 rangka masa yang berbeza,cuma ceritanya hampir sama..
pagi itu,selepas kelas DJ,saya ada pembentangan laboratory, sudah menjadi
kebiasaan untuk pelajar fakulti sains untuk membentangkan
hasil lab mereka dihadapan panel penilai yang memang arif dalam bidangnya.
Cuma semester ini saya agak kurang bernasib baik,
kerana lab saya sem ini adalah lab advance electronic,satu subjek yang
saya tidak faham dan tidak suka.
tapi saya harus present lab tersebut.
untuk pertama kalinya dalam hidup saya,saya tidak mampu untuk
menyampaikan lab tersebut dengan baik.
dan untuk pertama kalinya dalam hidup saya,saya tidak dapat menjawab satu pun soalan
dari ahli panel. dan saya juga dimarahi dihadapan bilik lab,yang didalamnya ada
lebih kurang 20 orang. dan semuanya terpaku melihat saya dimarah...
dengan sebegitu teruk...
ujian ALLAH bermula....
untuk pertama kalinya,saya menangis didalam kelas...
dihadapan coursemate,lelaki!
saya benci menangis depan lelaki,tapi hari itu saya tewas,air mata saya
tumpah sejurus selepas habis dimarahi...
dan ia berlanjutan sehingga kelas seterusnya..
saya menangis semahu-mahunya ketika itu,
memikirkan keputusan untuk menukar kos..
dan kata-kata yang paling pedih adalah.."you dont understand anything so why do you take physics?"
ALLAH...it affect me alot..
too much hurt for me that day
dan sebagai akibat...
untuk 2 hari,saya sakit kepala yang teruk.
sangat teruk sampai saya susah nak buka mata..
tapi untuk kelas pada hari itu,
tiba-tiba ada seorang classmate saya tanya pensyarah
"prof,are you ever facing failure in your life?"
prof tu pun menjawab
"if you asking me in the world of academic,no i never.but if you ask in my life,of course i have. but one thing that you have to bear in your mind,
whenever you face the failure,never thought it will be the end of your life,
dont feel frustrated for a long time,
take ones furious,as an advice for you,
thing positive,never feel sad whenever you fail to do something,
wake up,and start a new life.
you should not let the sadness cover your feeling."
apabila dia menasihati,saya merasakan yang kata2 itu ditujukan kepada saya
walaupun waktu tu saya tidak dapat berfikir dengan baik akibat sakit kepala,
namun,saya dapat tangkap mesej yang nak disampaikan.
dan terima kasih pada yang bertanyakan soalan tu pada DJ,ALLAH hantar awak dan DJ untuk menguatkan balik semangat saya..
dan tiba-tiba kepala saya terbayang surah al-insyirah...
dan ayat yang sering saya pegang dan amalkan setiapkali saya rasa tekanan yang
cukup hebat melanda saya
'setiap kesulitan,pasti ada kemudahan,dan ALLAH tegaskan sekali lagi
setiap kesulitan pasti ada kemudahan."
maka setiap kali jugalah saya akan merasa tenang...
saya mula rasa tenang. dan alhamdulillah,saya dapat berkomunikasi dengan baik selepas itu.
dan saya sangat yakin ALLAH masih mahu membantu saya.
cuma saya yang perlu mecari lagi cintaNya...
cerita kedua bersambung pada post akan datang insya ALLAH...
Selasa, 5 April 2011
bicara tokoh,Prof Dr Sidek Baba
Jumaat, 1 April 2011
Syarah al-Hikam oleh ustaz zulkifli mohammad al-bakri
assalamualaikum..bumi utm dihujani dengan ilmu agama..mari sahabat2,ramai2 kita ke talaqqi kitab syarah al-hikam,ajak kawan2,sahabat handai untuk membersihkan hati..semoga dengan sedikit usaha kita utk mencintai ilmu untu mendekati diri kite dengan ALLAH mendapat ganjaran darinya...berkorbanlah sedikit utk menambahkan ilmu didada..