kerana kita mahasiswa

kerana kita adalah mahasiswa yang berilmu,menyokong setiap aspirasi yang didokong universiti.,membudayakan idealisme yang mampu dan seharusnya dicapai oleh mahasiswa,kerana itu blog ini dinamakan PENCARIAN ILMU..

Sabtu, 26 Februari 2011

dimana keadilannya???

bismillahirahmanirahim. alhamdulillah,pilihannraya kampus telah pun berlalu.kini tibalah masanya untuk pembentukan kabinet MPM. banyak yang berlaku ketika pemilihan kabinet ini.ada mahasiswa yang kena buang kolej atau dengan bahasa halusnya "pindah kolej" tapi tak diberitahu pindah ke kolej mana.ada juga mahasiswa yang dinafikan haknya untuk menyokong dengan sebab memegang jawatan dalam kolej dan memilih kabinet dengan mengangkat tangan?? satu perkara lawak yang saya kira macam budak darjah satu! sebenarnya saya ada terlalu banyak persoalan untuk dijawab oleh pihak-pihak berkaitan. oleh kerana saya tiada facebook,maka saya harap,sesiapa yang terbaca entri kali ini,bolehlah menjawab atau mengajukan kepada pihak yang berkenaan

1) kenapa diadakan pembahagian kerusi,iaitu kerusi umum dan kerusi fakulti?

2) kalau kata kerusi umum untuk mereka yang akan memegang jawatan dalam Majlis Eksekutif MPM,maka apa rasionalnya calon fakulti yang dipilih menjadi berada di atas?


3) kalau disebabkan pengalaman berada dalam MPM,mengapa calon yang bertanding umum yang juga pernah memegang jawatan dalam MPM dinafikan haknya untuk berada dalam majlis eksekutif?

4) kalau calon umum yang menang tu juga merupakan calon umum yang menang kenapa mesti diletakkan di posisi yang bawah?kenapa mesti calon umum yang pertama kali bertanding dan menang diletakkan di atas? kenapa tak diutamakan mantan MPM yang menang kali ini??

5) kenapa mesti gunakan lagi perkataan MPP sedangkan naib Canselor dahpun tukarkan kepada MPM? saya pernah diarahkan untuk membetulkan satu surat gara-gara tersilap tulis Pejabat Hal Ehwal PELAJAR dan Alumni.bukannya Hal Ehwal MAHASISWA dan Alumni??

6) kenapa kalau jadi calon pengetua dapat banyak kemudahan? bukankah kalau jadi MPM yang dapat banyak kemudahan disebabkan mereka ini kena bekerja untuk mahasiwa??

7) kalau kata pemilihan angkat tangan ini sesuatu yang adil dan dipersetujui oleh semua perwakilan,sedar tak yang wakil dari evolusi adalah sebanyak 45 orang dan dari pro m hanya 12 orang dan hanya 5 orang bebas? adil ke macam ni?

8) adil ke kalau orang yang mereka tidak kenal,tapi sebab bekerja bawah satu kumpulan maka kena sokong orang yang berada dalam satu kumpulan?? adil ke?


saya melontarkan persoalan ini kerana saya juga mengundi. saya akan ditanya atas undian saya nnti dan saya juga perlu bertanggungjawab atas pemimpin yang saya pilih,kerana di akhirat nanti saya akan mengikut pemimpin yang saya undi nanti. kalian jangan ingat perkara ini adalah sesuatu yang main-main..

ibnu umar radiyallahu 'anhuma dengar dari Rasulullah SAW bersabda:
semua kamu laksana gembala,SEMUA KAMU ditanya mengenai rakyatnya,ketua negara adalah GEMBALA dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya,seorang lelaki adalah gembala kepada keluarganya dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. seorang isteri adalan gembala dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab tentang rakyatnya,seorang KHADAM adalah gembala kepada harta benda tuannya dan bertanggungjawab tentang rakyatnya dan KAMU SEKELIAN ADALAH GEMBALA DAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYATNYA


ingat

2)wahai orang-orang yang beriman,mengapakan kamu tidak mengerjakan apa yang kamu katakan?
3) itu sangatlah dibenci disisi ALLAH jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan
As-saff ayat 2 dan 3

satu lagi peringatan kepada mereka yang memilih kabinet

diriwayatkan dari ibnu abbas radiyallu 'anhuma,bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

sesiapa yang melantik seorang lelaki ke atas suatu kumpulan,sedangkan ada di kalangan mereka orang lain yang lebih DIREDHAI ALLAH,maka dia sudah khianat ALLAH,RASUL dan ORANG-ORANG BERIMAN


satu lagi hadis Rasulullah

Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa rasulullah SAW bersabda

sesungguhnya kamu kelak akan mengharapkan jawatan,sementara jawatan itu akan menjadi sumber penyesalan bagi perlakunya pada hari kiamat (jika tidak dijalankan dengan benar)
riwayat bukhari no 7148

berdasarkan hadis sahih dan ayat Al-Quran yang telah saya kemukakan,saya benar-benar mengharapkan ada yang sudi menjawab pertanyaan saya ini..nasihat dan amaran keras ini ALLAH dan rasul telah tinggalkan kepada kita (mereka yang memegang jawatan) supaya kita tidak terleka dalam memilih pemimpin kita.

Sabtu, 19 Februari 2011

kehangatan PILIHANRAYA KAMPUS

21 februari merupakan hari pengundian calon Majlis Perwakilan Mahasiswa,sesi 2011/2012,sedikit nasihat buat yang bertanding juga buat yang akan mengundi...

kepada calon-calon;
1) sekiranya anda ingin bertanding,tolonglah ikhlaskan diri anda,menawarkan diri untuk menjadi pemimpin mahasiswa,bukan sekadar ingin mencari nama,tapi biarlah redha ALLAH yang menjadi keutamaan.
2) semua orang boleh buat manifesto,tetapi pastikan manifesto yang anda semua buat,tolonglah jalankan seandainya anda terpilih menjadi perwakilan mahasiswa. jangan sekadar cakap hebat di medan pidato,tetapi laksanakanlah apa yang telah anda semua janjikan, ingatlah kata-kata ALLAH dalam surah as- saff ayat 3,

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya

3)buat pemimpin-pemimpin islam,jadikanlah agenda kemasukan kamu ke dalam majlis perwakilan mahasiswa adalah untuk menegakkan islam,untuk menyebarkan islam dan untuk melaksanakan amar ma'ruf,nahi mungkar.kalau setakat nak menjaga kebajikan mahasiswa semata-mata,saya kira islam itu sudah cukup syumul dan menyeluruh,dan telah pun mencakupi kebajikan,pelestarian,intelektual dan juga perpaduan.

buat mahasiswa yang akan mengundi;
1)undilah calon yang benar-benar layak berdasarkan manifesto yang dibuat,bukan sekadar rupa paras semata-mata.dan,seandainya anda mengenali calon yang ingin bertanding,itu adalah lebih baik. Majlis perwakilan mahasiswa,bukan hanya ditubuhkan untuk duduk senang lenang di atas kerusi yang empuk,tetapi mereka telah dipilih untuk bekerja untuk mahasiswa.

2) turunlah mengundi,ana adalah bertanggungjawab terhadap undi yang akan anda buang nanti kerana sekiranya tersilap mengundi,maka kerajaan yang akan dibentuk nanti pasti huru-hara

sekiar,selamat mengundi

Ahad, 13 Februari 2011

Didik anakmu menjadi pejuang

"Israel tu jahat ke, mama?" tanya Zaki kepada ibunya.

"Ya, Zaki. Israel memang jahat. Dia halau orang Islam Palestin. Lepas tu dia bunuh orang Islam yang lawan." Jawab ibunya dengan tenang.

"Ooh", jawab Zaki. "Zaki perasan tak tengok iklan McD kat TV", tanya si ibu.

"Ya Mama, Zaki ada tengok", kata Zaki.

"Tahu tak, kalau kita makan dekat McD bermakna kita tolong beli peluru kepada Israel untuk tembak orang Islam" terang Mama.

"Kenapa pula, Mama" Tanya Zaki dengan wajah hairan.

"Macam ni. Duit yang kita bayar tu sebahagiannya diberikan kepada Israel. Lepas tu Israel gunalah untuk beli senjata bunuh orang Islam", jawab si ibu dengan bersemangat.

"Ooh, baru Zaki faham" kata Zaki sambil mengangguk kepala.

Demikianlah perbualan seorang ibu dengan anaknya. Pernahkan anda bercerita demikian dengan anak-anak? Pernahkah anda jelaskan kepada anak-anak tentang masalah ummah? Masalah-masalah seperti penindasan dan penderitaan umat Islam. Anak-anak sememangnya amat perlukan pendedahan awal tentang masalah ummah. Agar mereka menjadi cakna ummah sejak dari kecil.

[B]Hero Khayalan[/B]

Mungkin anda berfikir bahawa anak-anak anda masih kecil untuk didedahkan dengan perkara-perkara yang besar ini. Anda juga mungkin berfikir negatif dengan menganggap soal ini adalah terlalu berat untuk dilonggokkan dalam minda anak-anak. Tanggapan ini jelas silap. Anak-anak sejak dari kecil sudah boleh didedahkan dengan soal-soal masalah ummah. Jika anda tidak mulakan dari sekarang untuk mengisi mindanya dengan soal yang penting ini, kelak mindanya akan dipenuhi dengan perkara-perkara lain yang tidak berfaedah.

Hari ini anak-anak cukup mudah diulit dengan hero-hero khayalan, serta 'perjuangan' palsu yang dipropaganda oleh televisyen dan permainan komputer. Minda dan ilusi bercampur baur antara kenyataan dan kepalsuan. Potensi akal mereka yang segar lagi bersih itu dibebankan dengan watak-watak hero palsu seperti Ultraman, Superman, Batman; serta watak-watak ilusi seperti Spongebob, Miki, Doraemon, Shrek dan pelbagai lagi. Akhirnya perilaku watak-watak ini yang diolah melalui kaca televisyen mempengaruhi minda, sikap dan tindakan anak-anak kita. Anak-anak menjadi 'pejuang' di medan khayalan dengan misi mustahilnya untuk mencapai imiginasi pencipta watak-watak palsu itu. Alangkah indahnya jika potensi perjuangan anak-anak itu dihalakan kepada realiti dan tuntutan perjuangan sebenar untuk memartabatkan agama dan maruah ummah.

[B]Biar Berhikmah[/B]

Oleh sebab itulah, anda perlu yakin bahawa anak-anak sebenarnya sudah bersedia untuk menghayati konsep-konsep perjuangan, jihad, dakwah dan pengorbanan sejak dari kecil lagi. Cuma soalnya ialah bagaimana kaedah penerapan dan pendedahan itu dibuat.

Sebelum anda melangkah lebih jauh, perlu anda memahami realiti kemampuan anak-anak memahami konsep perjuangan:

• Anak-anak gemar proses penghayatan berasaskan personaliti yang boleh menjadi ikon dalam kehidupan. Konsep hero dan heroin amat penting bagi anak-anak. Hero perlu punya segala macam kehebatan yang membanggakan, dan akhirnya berjaya menumpaskan kebatilan. Oleh itu pendekatan ketokohan ini perlu diserap melalui menghayatan tokoh-tokoh pejuang Islam seperti para Nabi dan Rasul serta para sahabat dan ulama. Mereka perlu dipaparkan sebagai hero yang ulung dan disanjung.

* Anak-anak lebih cepat menguasai sesuatu penerangan yang bersifat hidup iaitu yang ada gambar, pergerakan dan suara berbanding dari penerangan bertulis atau lisan semata-mata. Maka bahan-bahan berguna berbentuk multi-media seperti tayangan, animasi dan seumpamanya amat sesuai untuk menjadi bahan tatapan anak-anak untuk memahami perjuangan. Contohnya, filem animasi perjuangan Nabi Muhammad dapat menjadi bahan pelajaran buat anak-anak menghayati perjuangan Baginda.

* Anak-anak akan lebih menghayati erti perjuangan jika ia dikaitkan dengan apa yang dilalui seharian. Ertinya ibubapa perlu sentiasa mengambil peluang mengaitkan soal perjuangan, dakwah dan masalah ummah ketika makan, bermusafir, ke sekolah, beriadhah, menonton televisyen dan lain-lain. Di sini memerlukan keprihatinan dan kreativiti ibu bapa.

* Anak-anak kebiasannya menilai dunia ini mempunyai dua realiti yang bertentangan: putih dan hitam, baik dan jahat, kebenaran dan kebatilan. Ibubapa perlu berhati-hati agar anak-anak tidak terkeliru. Kadang-kadang sesuatu perkara terpaksa dihuraikan dengan lebih mendalam bagi membantu mereka melihat dari perspektif yang lebih adil. Dari saat ini jugalah nak-anak sudah boleh mengenali musuhnya yang mengancam Islam dan umat Islam.

* Anak-anak sukakan kisah-kisah teladan dan cerita. Berceritalah dengan anak-anak tentang tokoh-tokoh pejuang Islam, para pendakwah dan syuhada' sepanjang sejarah panjang perjuangan Islam.

* Anak-anak mempunyai kemampuan akal yang cerdas dan mampu menanggapi persoalan yang sulit, jika disampaikan dengan cara mudah. Maka ibu bapa perlulah bersedia untuk mendedahkan anak-anak dengan perjuangan melalui penyampaian berkesan dan berterusan.

Anak-anak yang cakna dengan masalah ummah dan menghayati perjuangan Islam akan lebih matang, bijak, punya matlamat hidup yang jelas dan berketrampilan di kalangan rakan sebaya. Mereka tidak akan mudah terjebak dengan dunia khayalan dan hiburan tanpa batas. Mereka juga mudah untuk didorong untuk belajar kerana mereka sudah mempunyai gambaran asas tentang matlamat hidup di atas muka bumi Allah ini. Selain itu, sifat-sifat keprihatinan dan cakna ummah ini menjadikan mereka mudah untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

[B]Penonton Bisu[/B]

Rasulullah SAW sendiri membuktikan bahawa Baginda telah membentuk cakna ummah di kalangan anak-anak muda yang mendokong perjuangan Baginda. Sayyidina Ali KWJ contohnya, telah diajak oleh Rasulullah untuk menggalas beban dakwah dan perjuangan sejak beliau masih diawal remaja lai. Demikianlah sahabat-sahabat kanak-kanak seperti Rafi' bin Khudayj dan Samurah bin Jundub yang berjaya menyertai misi perjuangan Uhud setelah berusaha sedaya upaya memujuk Rasulullah SAW. Bahkan ramai kanak-kanak lain yang turut bersemangat untuk mengikutinya tetapi diminta pulang oleh Rasulullah kerana masih terlalu muda. Fakta-fakta ini menunjukkan bahawa kesedran jihad dan perjuangan ini telah ditanam oleh Rasulullah SAW ke dalam hati anak-anak muda sejak mereka kanak-kanak lagi.

Hari ini, dengan keadaan umat Islam ditindas di Palestin, Chechnya, Eropah dan di bumi lain, kesedaran perjuangan amat mustahak. Penghinaan kepada Allah, Rasulullah dan agama Islam perlu kepada kesedaran dan pengorbanan generasi umat Islam. Jika kita lalai untuk meniupkan kesedaran cakna ummah ini, tidak mustahil anak-anak kita nanti hanya menjadi penonton bisu dan pekak kepada serius macam polemik yang menimpa ummah.

Tegasnya, anak-anak hari ini menentukan masa depan Islam dari esok. Membina cakna ummah perlu bermula saat mereka masih muda, agar minda mereka yang segar itu dihiasi dengan kesedaran beragama dan disirami dengan semangat perjuangan Islam. Membina cakna ummah akan lebih mudah dan lancar jika ibu bapa sendiri terlibat dalam perjuangan Islam. Anak-anak akan cepat belajar kerana ibu bapa mereka menjadi contoh di depan mereka. Maka, alangkah ruginya jika ibu bapa sibuk dengan urusan kehidupan duniawi tanpa melibatkan diri dalam perjuangan mengangkat agama Allah SWT.

Selamat membina cakna ummah dalam diri anak-anak, moga anak anda menjadi pejuang ulung esok nanti!

dipetik dari blog iluvislam.com
nota kaki
*saya tertarik dengan posting ini kerana sebelum ini kita hanya mengambil enteng siapakah ikon atau figure yang dikagumi oleh kanak-kanak.namun,kita tidak mengetahui,rupa-rupanya ikon itu yang akan membentuk peribadi seorang anak kecil

*bila kita berkata soal pendidikan anak kecil,harus kita ketahui,contoh yang paling utama dan terdekat adalah kedua ibubapanya,dan kakak atau abangnya,jadi pastikan ibubapa itu yang menjadi ikutan terbaik kepada anak-anak

* sekadar promosi program-pada hari jumaat 25hb februari,bertempat di dewan solat utama MSI,akan diadakah satu ceramah "Rumah tangga Rasulullah" yang akan disampaikan oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin,ia terbuka kepada semua namun khusus kepada staff-staff dan juga kepada mahasiswa UTM.


Jumaat, 11 Februari 2011

PENENANG HATI

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,
antara lagu penenang jiwa selepas al-quran dan zikrullah...



Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..

Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai

Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..

Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..

Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
Nabiyallah..
Sofiyallah..
Rasulullah,

Pesuruh Allah,
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Artis: UNIC

Isnin, 7 Februari 2011

muslimat lagi?

" atikah,enti jaga portfolio HELWA", arah ketuaku..

gulp! ALLAH,pertama kali dalam hidup saya ditaklifkan sesuatu untuk menjaga kebajikan muslimat. rasa kejanggalan itu kadang-kadang membuatkan saya tersenyum sendirian pabila mengingatkan apa yang saya boleh buat apabila menjaga kebajikan mahasiswi ini. Sudah pasti saya beriman dengan firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 286 dan tidak menafikan apa yang telah ditakdirkan ALLAH.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya

dan saya juga sangat-sangat mengingati kata-kata ALLAH dalam surah muhammad ayat 7

...kalau kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan kedudukanmu

tetapi saya juga pasti ALLAH hanya akan membantu kita sekiranya kita berusaha..perhatikan ayat ini..ar-rad ayat 11

. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri

terimbau seketika kenangan ketika berada di sekolah dan PLKN dahulu
"pernah ke aku jaga bahagian perempuan ni?"
dahulu saya cuma aktif dalam sukan sahaja,bola jaring,bola baling,lempar cakera,larian 25km,pidato pun,cuma pidato dalam bahasa inggeris je. kat PLKN pun cuma terlibat dengan relay kayak antara kem PLKN zon utara,tak pernah pun terlibat dalam organisasi besar,sekadar jadi pengawas sekolah n jaga exco akademik,takdela berkait pun..apa kaitan dengan portfolio seperti ini?
macam tiada kaitan je.apa yang saya boleh buat?





hurm,kadang-kadang dalam situasi macam ni,suka tak suka,kita harus merujuk kepada mereka yang lebih tahu. walaupun secara azalinya untuk merancang sesuatu dan melakukan 'pemikiran kritikal' saya lebih suka merancang secara sendirian,tetapi nampak gayanya kali ini saya harus merujuk seseorang. kalau tidak,teruk juga hasilnya.. saya setuju,idea sekelompok manusia lebih baik dari seorang sahaja,tetapi saya lebih selesa untuk berfikir secara seorang diri,supaya saya mempunyai lebih banyak ruang untuk mencipta lebih banyak idea-idea gila dan kaitan yang kadang-kadang tak masuk dek akal! tapi,sebelum dibawa ke sesuatu perjumpaan,biasanya saya akan tapis dahulu idea-idea tu,dan tengok kepada kesesuaian. dan biasanya saya lakukan itu,berdasarkan pengalaman,dan juga pemerhatian saya terhadap sesuatu perkara..

tapi,macam mana saya nak buat untuk kebajikan muslimat?? jujur kata,awalannya memang sukar bagi saya kerana saya telah terbiasa untuk berfikir secara menyeluruh dan kadang-kadang berorientasikan program. dan saya tidak tahu apa sebenarnya masalah dengan muslimat ni sampaikan perlu ada satu jabatan@unit@lajnah yang perlu menjaga mereka.saya lebih gemarkan sesuatu yang mencabar,baik dari segi pemikiran,mahupun perlaksanaan.muslimat??hurm..binggung juga memikirkannya.

tapi alhamdulillah,ALLAH masih sayangkan hambaNya ini..walaupun saya tidak pernah mempunyai pengalaman mendepani masalah muslimat secara personal dan memikirkan ia secara serius,namun masih diberi peluang untuk memahami muslimat ini secara detailnya. di kala inilah pelbagai perkara terjadi..apa yang terjadi? biarlah saya dan ALLAH sahaja yang mengtahui.

cumanya,nak dikata disini,sebenarnya walaupun kita menguruskan satu organisasi yang melibatkan wanita sahaja pun,sebenarnya ia tidaklah semudah yang disangka. kalau tidak mana mungkin akan timbul kata orang tua-tua dahulu,'menjaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga anak dara seorang' .bila saya renungi dan telusuri kembali,ternyata memang sukar untuk menjaga seorang wanita ini,dan sebenarnya peluang dakwah itu terbentang luas sekiranya kita dapat menjaga kebajikan mahasiswi ini, kerana hakikat yang kita sering kali lupa,walau kasar dan gagah mana seorang perempuan itu,mereka tetap mempunyai sekeping hati yang sangat rapuh. tersalah goncang,pecah hati itu,dan sekiranya terlalu ditatang,maka bekulah hati wanita itu.

maka kesimpulan yang saya boleh buat disini,walaupun saya benar-benar tidak mempunyai pengalaman dalam mendepani mahasiswi secara tektikal,namun saya punya peluang yang banyak untuk belajar.. belajar selagi mampu,selagi punya masa untuk berbakti pada islam di campus,selagi tu ruang dan peluang perlu digunakan sehabis baik! 3 tahun di kampus,sangat-sangatlah sekejap,tapi nak extend tak sanggup..

Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. at-taubah,ayat 71