kerana kita mahasiswa

kerana kita adalah mahasiswa yang berilmu,menyokong setiap aspirasi yang didokong universiti.,membudayakan idealisme yang mampu dan seharusnya dicapai oleh mahasiswa,kerana itu blog ini dinamakan PENCARIAN ILMU..

Selasa, 30 November 2010

dia....

saya tak tegar sebenarnya untuk menuliskan bait-bait ini,tetapi hati sudah diruntun sedih..sedihnya hati ini,kerana berpisah dengan 'dia'..saya nukilkan hasil ini untuk 'dia' terutamanya...


ketika itu,dia kakakku..
ketika itu,dia guruku...
dan ketika itu,dia ibuku...

dia,
banyak mengajarku erti kesabaran.
dia,
banyak mengajarku erti kehidupan.
dia,
banyak mengajarku erti persahabatan
dan dia mengajarku erti percintaan

ku harus akui,dia banyak membantuku,
kata-katanya,bisa merubah pandangan ku...
aku kelu untuk menukilkan sesuatu buatnya,sedih...

dan tiada maksud lain dari sebuah persahabatan melainkan saling memperkaya roh kejiwaan dan membawa kita kembali pada tuhan

kakak,sampai hati pergi tanpa berjumpa kami..akak tak kuat untuk menghadapi kami,tetapi akak,kami lagi tak kuat untuk berada di sini tanpa kakak..kurang-kurang,perjumpaan untuk kali terakhir ini,boleh menaikkan semangat yang kian hilang..

kakak,kami tahu akak tak nak kami bersedih,tapi akak,ibarat seorang anak kehilangan ibu..

mereka kehilangan bunda mereka,
saya kehilangan kekanda tercinta..
yang lain kehilangan sahabiah yang tegar..

saya rindu dia,
saya nak jumpa dia.

tapi ALLAH dah menetapkan bahawa inilah takdirnya...

'ya ALLAH,aku mohon,peliharalah persahabatan ini..peliharalah cinta-cinta hamba-hambaMu yang mencari cinta Mu,pada Mu kutitipkan nota cinta,pada dia kutitipkan air mata..dan Engkaulah yang berkuasa mempertemukan kamu,serta Engkau jugalah yang berkuasa memisahkan kami......

selamat bercuti

akhirnya,masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba buat semua adik-adik yang masih berada di bangku sekolah..cuti sekolaa,walaupun saya lambat untuk mengucapkan selamat bercuti,namun,saya mengharapkan agar adik2 dapat meluangkan masa sebaiknya ketika berada di rumah..

untuk mahasiswa UTM terutamanya,selamat bercuti juga saya ucapkan kepada kalian,buat yang tidak dapat balik atas sebab program dan sebagainya,cubalah cari peluang untuk bertemu dengan ayahanda dan bonda di rumah sana,janganlah dilupakan mereka,kerana tanpa mereka,kita tiada di bumi ini..penuhilah masa lapang kalian dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

saya pasti dan positif,bulan cuti ini pastinya menjadi pilihan kepada ramai pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang mereka. buat mereka yang akan melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah kali ini,saya ucapkan selamat pengantin baru,semoga kalian diredhai ALLAH dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..maafkan saya sekiranya ada undangan perkahwinan yang tidak dapat saya penuhi,kerana tanggungjawab dan amanah lain yang lebih memerlukan saya disitu..insya ALLAH,pada tahun hadapan,andai ada rezeki,saya akan cuba penuhi undangan perkahwinan sahabat-sahabat..

buat mereka yang menunggu keputusan,tak kiralah keputusan PMR,keputusan peperiksaan akhir tahun,berdoalah sebanyak mungkin kepada ALLAH,kerana kepada Dialah kita mengharapkan rahmat dan pertolongan..

saya merasakan post saya kali ini agak klise dan skema..apa2 pun, saya perlu memastikan hujung-hujung jari saya menari-nari di atas skrin laptop untuk menyampaikan sesuatu kepada masyarakat..

Ahad, 28 November 2010

khalifah-khalifah yang benar

alhamdulillah,saya berjaya menghabiskan pembacaan buku setebal 770 muka surat ini..banyak perkara yang saya dapat belajar daripada buku ini.. apa yang boleh saya kongsikan disini adalah, buku ini terbahagi kepada riwayat hidup 4 khalifah,iaitu saidina abu bakar,saidina umar al-khattab,saidina uthman dan juga saidina ali

kebanyakkan cerita didalam buku ini berkisarkan mengenai riwayat hidup khulafa ar-rasyidin.banyak juga yang menceritakan mengenai latar belakang dan ape sumbangan khulafa ini kepada islam..nak tahu lebih lanjut,bacelah sendiri buku ini=)

sedikit sinopsis buku

aku berwasiat akan kamu,supaya sentiasa bertakwa kepada ALLAH dan mendengar serta taat (kepada pemimpin)sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu,pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak. maka hendaklah kamu berpegang teguh pada sunnahku dan sunnah para khulafak ar-rasyidin al-mahdiyin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan,kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu sesat

hadis direkodkan oleh abu daud dan tirmizi

saya kembali

bismillahirrahmanirrahim..alhhamdulillah,ALLAH memberi saya satu lagi peluang untuk berkongsi ilmu-ilmu dan juga mencari ilmu.. doakan saya,untuk kekal menggunakan blog ini sebagai satu medan dakwah,doakan saya untuk terus mencintai ilmu dan terus mencari ilmu. insya ALLAH,blog ini akan digunakan sebaiknya untuk berdiskusi,menyuarakan pendapat,pandangan dan juga perkongsian.. sebarang kekurangan semasa saya mengendalikan blog yang ketiga ini,harap dapat ditegur,wallahualam.